Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Ancam letak jawatan

Friday, January 14, 2011


Kemelut BAM tambah runcing; anggota CTC bangkit bersuara

KEMELUT peletakan jawatan jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek meniti satu lagi episod baru apabila beberapa ahli Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengancam akan meletak jawatan. 


Mereka menegaskan tidak kisah andai Misbun kembali tetapi menyifatkan BAM tidak harus menerima tuntutan jurulatih berkenaan yang akan menyebabkan struktur baru kejurulatihan dan latihan yang sudah di-luluskan majlis sebelum ini terpaksa dirombak semula. 

"Jika Misbun ikhlas dan mengutamakan kepentingan negara, dia tidak patut meletakkan syarat" Abdul Hadi Abdul Kadir Anggota CTC BAM
 
Setiausaha Persatuan Badminton Pulau Pinang (PBA), Tony Tan, berkata dia akan meletak jawatan anggota CTC jika badan induk itu terpaksa menstruktur semula kejurulatihan dan latihan hanya kerana bagi memenuhi tuntutan seorang individu.

"Antara punca utama Misbun meletak jawatan kerana dia mahu anaknya (Misbun Ramdan) disenaraikan dalam skuad elit di bawah kendaliannya tetapi majoriti ahli CTC, termasuk jurulatih lain menolak permintaannya.

"Lagipun, Exco dan Majlis BAM sudah meluluskan perubahan struktur dan ia tidak boleh diubah sewenang-wenangnya memenuhi tuntutan seorang individu. Jika ia berlaku saya akan letak jawatan," katanya.

Setiausaha Persatuan Badminton Sarawak (PBS), Abdul Hadi Abdul Kadir, yang juga anggota CTC, turut mahu BAM bertegas dan tidak tunduk dengan tuntutan jurulatih berkenaan.

"Jika Misbun ikhlas dan meng-utamakan kepentingan negara, dia sepatutnya tidak meletakkan syarat untuk kembali. Adalah janggal BAM terpaksa merombak semula struktur kejurulatihan dan latihan semata-mata memenuhi kehendaknya seorang sahaja.

"Apa kata ibu bapa pemain lain jika mereka membuat tuntutan sama untuk melatih anak masing-masing. Nanti kita dilihat mengamalkan dasar pilih kasih."
 
BH



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top