Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Tiket perjalanan terus dari Ipoh ke KLIA

Thursday, December 16, 2010


IPOH: Pengguna Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KLIA Express dari Ipoh ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) tidak lagi perlu membeli tiket di Stesen KL Sentral.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata pengguna boleh membeli tiket untuk perkhidmatan ke KLIA di Stesen Kereta Api Ipoh.

"Apabila sampai di Stesen KL Sentral, pengguna tidak perlu membeli tiket lagi, tetapi hanya bertukar menaiki Tren KLIA Express menuju ke KLIA. Bagi perkhidmatan ke LCCT pula, pengguna akan turun di perhentian Salak Tinggi dan dibawa ke LCCT dengan bas," katanya. 

Bagi perjalanan dari Ipoh ke KLIA, tambang promosi sehingga 28 Februari ini ialah RM65 untuk dewasa dan RM34 untuk kanak-kanak, manakala perjalanan dari Ipoh ke LCCT pula RM42.50 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak.

Syed Hamid berharap dengan adanya perkhidmatan ETS, pengguna boleh menjimatkan masa untuk ke destinasi tersebut selain dapat menarik ramai pelancong ke Perak.

"Perkhidmatan Tren Elektrik yang memulakan operasi 12 Ogos lalu menerima sambutan hangat penumpang terutamanya bagi perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur," katanya.

Perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur mengambil masa dua jam untuk perjalanan sehala.

Turut hadir, Presiden Keretapi Tanah Melayu (KTMB), Dr Aminuddin Adnan, dan Ketua Pegawai Eksekutif Express Rail Link Sdn Bhd, Noormah Mohd Noor. - BERNAMA




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top