Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Terapi minda suntik motivasi

Sunday, December 12, 2010



PELBAGAI kaedah boleh dilaksanakan bagi membentuk kecemerlangan akademik termasuk mengulang kaji pelajaran atau menghadiri kelas tuisyen.

Terbaru, konsep rawatan terapi minda membantu meningkatkan keupayaan diri selain membersihkan minda daripada pengaruh negatif.

Master Trainner Annabella Creative Management, Shamsilawati Abdul Rahman, berkata dia menggunakan konsep itu bagi menyuntik motivasi pelajar memperkukuhkan semangat berdaya saing selain membantu mencorakkan pemikiran lebih positif.

Beliau yang mesra dengan panggilan Nabila mempunyai kelayakan profesional hipnosis dan hipnoterapi dari Institut For Advanced Neuro Research and Education New York.

"Kaedah ini membantu mengenal pasti kelemahan diri selain 'melahirkan' corak pemikiran baru.

"Kaedah ini mampu melahirkan pelajar lebih positif terhadap corak pemikiran dan pembawaan diri, sekali gus membantu menjana penggunaan kreativiti terpendam.

"Terapi minda sama seperti membersihkan minda bagi membentuk pemikiran baru yang lebih bersemangat dan berdaya saing mencapai cita-cita," katanya.

Annabella Creative Management akan menganjurkan kem aspirasi alam melalui minda dan jiwa kreatif selama tiga hari bermula 14 hingga 16 Disember ini.

Program ini menggabungkan penekanan terhadap alam, terapi minda, pemikiran kreatif, fotografi dan pengucapan awam selain memberi peluang pelajar mengoptimumkan kapasiti minda sebelah kiri supaya lebih kreatif.

Menurutnya, pelajar berpeluang menenangkan minda dengan penggunaan muzik dan alam serta sentuhan jiwa agar lebih positif, fokus dan bijak mengawal emosi.

Pelajar juga akan dibimbing pengajar berpengalaman, bertauliah serta profesional, antaranya pensyarah di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr Kamarudzaman Md Isa dan ketua Penyelidikan dan Inovasi, Institut Pengurusan Penyelidikan UiTM, Dr Adzrool Idzwan.

Berminat, hubungi talian 019-2191202 (Nabila), e-mel nabila@annabella.com.my atau lawati laman web, www.annabella.com.my.





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top