Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Tawar diskaun sehingga RM500

Thursday, December 16, 2010

RIDHWAN (dua dari kiri), Zalman Aefendy (tiga dari kiri) dan Pok Jin (kanan) pada majlis pelancaran kempen terbaru Celcom di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Kempen Our Celcom Our Sale anjuran Celcom Axiata Bhd. (Celcom) menawarkan potongan harga sehingga RM500 terhadap pembelian pelbagai telefon bimbit terkini. 

Kempen yang berlangsung dari 8 Disember lalu sehingga 31 Mac 2011 itu akan membolehkan pelanggan Celcom mengumpul token untuk menebus baucar diskaun untuk membeli telefon kegemaran mereka yang ditawarkan di semua kedai Blue Cube dan cawangan Celcom di seluruh negara.

Ketua Pegawai Pemasaran Celcom, Chee Pok Jin berkata, antara telefon yang boleh ditebus mulai 15 Januari tahun depan ialah Blackberry Torch 9800, Bold 9780, Nokia C3 dan LG Optimus.

Menurutnya, ini adalah program kesetiaan yang memberi ganjaran dan nilai kepada pelanggan Celcom berdasarkan kepada penggunaan dan tempoh langganan mereka.

"Dalam tempoh kempen berkenaan pelanggan prabayar dan pascabayar akan menerima satu token bagi setiap RM10 masa ke udara atau caj semasa bil bulanan mereka.

"Ini bermakna, lebih banyak token yang terkumpul maka lebih banyak diskaun yang boleh dinikmati," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kempen itu di sini semalam.




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top