Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Serbu pusat urut Jalan Bukit Bintang

Tuesday, December 14, 2010

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Lambai, goda dan urut adalah pakej menarik pelanggan singgah ke pusat urut di sekitar Jalan Bukit Bintang yang kemudian ditawar khidmat seks jika mendapat persetujuan kedua-dua pihak. 


Malah, pekerja pusat mengurut turun ke tepi jalan mencari pelanggan yang mahu tubuh mereka diurut. 

Sehubungan itu, bertindak atas aduan orang ramai, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur diketuai Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Deputi Superintendan Razali Abu Samah bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu pusat mengurut sekitar Jalan Bukit Bintang. Razali berkata, serbuan dikenali Ops Noda bermula jam 9 hingga 10.30 malam kelmarin dengan membuat pemeriksaan menyeluruh di kawasan berkenaan. Menurutnya, sembilan premis diperiksa dan polis menahan 13 pekerja warga asing. Beliau berkata, warga asing yang ditahan itu terdiri daripada seorang warga Kemboja, lima Indonesia dan tujuh dari China.

“Semua mereka yang ditahan akan dikenakan tindakan 39 (b) Akta Imigresen 1997 kerana tidak memilik dokumen sah,” katanya.



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top