Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Selangor serah memorandum bantah caj air naik Ahad

Friday, December 03, 2010



KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor akan menyerahkan memorandum membantah kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus dan menolak penswastaan air kepada Yang di-Pertuan Agong, Ahad ini.

Perarakan menuju ke Istana Negara yang diketuai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim itu akan bermula di Masjid Negara. 
 
Pada sidang media di Lobi Parlimen, semalam, beberapa Ahli Parlimen pembangkang dari Selangor dan Wilayah Persekutuan mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) gagal mematuhi syarat perjanjian konsesi air di negeri itu. 

Khalid Samad (PAS-Shah Alam) berkata kerajaan Selangor tidak mempunyai pilihan selain menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong selepas gagal berbincang dengan syarikat air berkenaan.

Katanya, ketidakpatuhan Syabas terhadap syarat perjanjian konsesi air menjadi alasan untuk rakyat bangkit dan menyuarakan hak mereka dalam menikmati kemudahan bekalan air bersih.

Hadir sama Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Teresa Kok (DAP-Seputeh), Charles Santiago (DAP-Klang) dan Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja).

Minggu lalu, kerajaan Selangor sudah menghantar notis kepada SYABAS supaya menghentikan program Tabung Budi dalam masa 14 hari kerana ia didapati melanggar syarat perjanjian konsesi air. 

Berita Harian





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top