Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Saga FL tampil lebih sporty

Thursday, December 16, 2010

SYED Zainal Abidin (kanan) dan Pengurus Besar Pemasaran PROTON, Abdul Sidek Abdullah ketika memperkenalkan model Saga FL di Shah Alam, semalam.

Perubahan reka bentuk luar, lebih bergaya dan berjiwa muda

PROTON Holdings Bhd (PROTON) memperkenalkan Saga FL yang ditampilkan dengan reka bentuk lebih bergaya dan dinamik untuk meneruskan kejayaan model sedan popularnya itu yang dilancarkan kira-kira tiga tahun lalu.

Penggayaan semula model itu membabitkan perubahan reka bentuk luarnya yang lebih bergaya, terkini, sporty dan berjiwa muda bagi membolehkannya terus menarik perhatian pembeli muda. 

Saga versi baru yang ditampilkan dalam dua varian iaitu 1.3 Standard dan 1.3 Executive, masing-masing dengan transmisi automatik dan manual itu dijual pada harga antara RM1,000 dan RM1,300 lebih tinggi daripada versi terdahulu.

Harga bagi varian 1.3 Standard manual adalah RM37,998 seunit, manakala 1.3 Standard automatik pada RM40,998.

Varian 1.3 Executive manual pula dijual pada harga RM40,698, manakala 1.3 Executive automatik pada RM43,298 seunit.

Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata penghasilan Saga FL itu menggambarkan falsafah perniagaan baru PROTON iaitu memberikan kepuasan kepada pengguna dengan sentiasa menghasilkan model terbaru yang lebih baik. 

“Sambutan luar biasa terhadap Saga versi sedia ada mendorong kami untuk lebih bersemangat menjadikan model yang sudah sedia baik itu menjadi lebih baik,” katanya pada majlis pelancaran Saga FL baru di Shah Alam, semalam.

Syed Zainal Abidin berkata, PROTON menyasarkan menjual 6,500 unit model itu sebulan.

Katanya, sejak diperkenalkan pada Januari 2008, Saga terus melonjakkan kedudukannya untuk menjadi kereta kedua paling laris di Malaysia dengan purata jualan 6,200 unit sebulan.

“Sehingga Oktober lalu, kami sudah menjual 204,150 unit Saga,” katanya. sambil menjelaskan, jualan Saga FL baru sebanyak 6,500 unit sebulan itu membolehkan PROTON mencapai sasaran jualan 75,100 unit keretanya dalam tahun kewangan 2010/11.

Saga FL didatangkan dalam enam pilihan warna.






Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top