Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Rio Ferdinan (Manchester United) ucap tahniah kepada Malaysia

Thursday, December 30, 2010



Kebangkitan pasukan bola sepak Malaysia memang telah lama kita tunggu.  Keupayaan memenagi pingat emas sukan sea di susuli layak ke pusingan ke dua Sukan Asia Guangzhoa dan kini juara Piala Suzuki 2010

Antara gambar pasukan Malaysia sejak tahun 80an hingga kini:

Dulu ..

Dulu ..
 Kini .. dan ..
Terima kasih kepada Jurulatih Bola Sepak Kebangsaan iaitu K Rajagopal!


Keupayaan jurulatih tempatan K Rajagopal membimbing pasukan muda ini amat mengangumkan.  Ramai pemain muda berkaliber lahir di bawah pengendalian beliau antaranya Khairul Fahmi Che Mat, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli dan ramai lagi.   

Rata-rata umur mereka dalam linkungan 19 – 21 tahun.  Memang kejayaan ini amat bererti bagi kita seluruh rakyat Malaysia, namun kita tidak seharusnya leka dibuai kejayaan ini kerana perjalanan pasukan kebangsaan kita masih lagi jauh.  

Banyak lagi pencapaian dan kegemilangan lampau yang harus kita atasi antaranya pingat gangsa sukan Asia yang kita kecapi pada zaman 70 an, layak ke Olimpik Moscow 1980.  Jadikan kegemilangan lalu sebagai kayu pengukur pencapaian kita untuk kita jadikan batu loncatan ke aras yang lebih tinggi.
 
Tahniah sekali lagi kepada pasukan bola sepak Malaysia! Tidak hairanlah Rio Ferdinan iaitu pemain bola sepak Manchester United mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia di Twitter!

Selamat tonton siaran ulangan perlawanan bola sepak Piala Suzuki 2010 di TV1 yang telah bermula sekarang (11.30 malam) bagi sesiapa yang masih belum berkesempatan menonton semalam.

Yang pasti, menonton perlawanan bola sepak kali kedua pun tak bosan ^-^

Kredit:  Azam





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top