Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Siapa kata menangis itu emosional?

Monday, December 20, 2010



Menangislah bila harus menangis
Kerana kita semua adalah manusia
Manusia bisa terluka, manusia pasti menangis
dan manusia pun bisa mengambil hikmah!

Menurut penelitian, perempuan menangis sebanyak 47 kali setahun, manakala lelaki hanya tujuh kali. Tingginya hormon prolaktin dalam tubuh wanita adalah penyebabnya.

Sebuah penyelidikan yang dilakukan di Amerika Syarikat mengatakan, 9 dari 10 orang mengaku akan merasa lebih lega setelah menangis. Bahkan, mereka juga percaya bahawa menangis juga dapat menyembuhkan penyakit dan meningkatkan kadar hormon adrenalin. 
 
"Menangis adalah cara melepaskan emosi yang paling tepat pada saat kita tak dapat mengungkapkannya melalui kata-kata," kata Dr Simon Moore, psikologi dari London Metropolitan University.  


Menurut Profesor William Frey, air mata yang dikeluarkan saat kita sedang emosional mengandung hormon endorphin atau stres sehingga boleh membuat perasaan lebih lega.

  
Menangis juga diketahui dapat menurunkan tekanan darah dan denyutan nadi


 
Berikut adalah beberapa faedahnya seseorang menangis:

1. Membantu penglihatan

Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. 


Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

 
Tak perlu eyeglo,  air mata cukup berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Dalam air mata terkandung cecair yang disebut sbg “lisozom” yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. 


Air mata yang dihasilkan dari jenis menangis kerana emosi mengandungi 24% protein albumen yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun.

Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahwa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya dalam mata.

5. Mengurangkan stres

Bagaimana menangis boleh mengurangi stres ? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh yaitu “endorphin leucine-enkaphalin” dan “prolactin.”

Selain menurunkan level stres, air mata juga membantu melawan penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun sosial

Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangun sebuah komuniti. 

Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan akan meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

7. Melegakan perasaan

Semua orang rasanya berfikir demikian. Meskipun kamu didera pelbagai masalah, namun selepas menangis biasanya akan muncul perasaan lega.

Setelah menangis, sistem menjadi lemah, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu akan membuat seseorang berasa lebih baik dan lega. 


Maka, keluarkanlah semua masalah di fikiran anda melalui tangisan, jangan dipendam kerana ia boleh membuatkan keadaan menangis meledak-ledak.

Oleh itu, jangan takut jika digelar emo atau emosional, kerana kita menangis bukan setiap hari tetapi kita menangis apabila kita tidak dapat mengungkapkan perasaan kita dengan kata-kata.




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top