Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Presiden Korea Selatan lawat Malaysia mulai Khamis

Tuesday, December 07, 2010



KUALA LUMPUR: Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak, akan melakukan lawatan negara pertamanya ke Malaysia selama dua hari mulai Khamis ini sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. 
Lee akan disambut secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dalam satu upacara di Parlimen Jumaat ini. 
 
Beliau juga dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara selain menghadiri Majlis Santapan Diraja yang dihoskan Seri Paduka Baginda. 

Lee yang akan diiringi Menteri Pengetahuan Ekonomi, pegawai kanan dan sekumpulan ahli perniagaan, turut dijadualkan mengadakan mesyuarat delegasi dua hala dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut kenyataan Wisma Putra, kedua-dua pihak dijangka memfokus kepada isu dua hala termasuk mengenalpasti bidang kerjasama baru di samping menyentuh isu serantau dan antarabangsa.


Lee juga dijangka menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Meja Bulat dengan ahli perniagaan Korea dan Malaysia.


Malaysia dan Korea Selatan menikmati hubungan akrab sejak wujudnya hubungan diplomatik pada 1960.

Kedua-dua negara mempunyai kerjasama yang amat baik terutama dalam perdagangan dan pelaburan, pengajian tinggi, sains dan teknologi serta pelancongan malah pada tahun lalu Korea Selatan adalah rakan perdagangan keenam terpenting bagi Malaysia. - BERNAMA





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top