Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

1 Peminjam PTPTN wajib daftar LHDN

Tuesday, December 28, 2010


KUALA LUMPUR: Bagi menangani masalah hutang tertunggak, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang memohon pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula sesi kemasukan akan datang diwajibkan berdaftar dengan (LHDN), mulai 1 Januari ini.

Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Hasmah Abdullah, berkata langkah itu bertujuan memudahkan LHDN yang bakal mengambil alih tugas mengutip bayaran balik pinjaman menerusi sistem cukai potongan cukai bulanan (PCB) mulai 1 Januari 2012.

Beliau berkata, untuk itu LHDN dengan kerjasama PTPTN bakal membangunkan aplikasi e-PTPTN menerusi Sistem Perakaunan Hasil Elektronik (eRAS) bagi memudahkan peminjam menjelaskan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada agensi berkenaan. 

Katanya, ketika ini LHDN dan PTPTN sedang menyelaraskan perundangan untuk membolehkan LHDN mempunyai kuasa untuk mengutip dan mengambil tindakan terhadap pihak ingkar, sekali gus membangunkan aplikasi e-PTPTN.

Sehingga kini, katanya kira-kira 40,000 peminjam secara sukarela membayar balik pinjaman menerusi LHDN membabitkan kutipan sebanyak RM7 juta sebulan.

“Diharapkan aspek perundangan dapat dikemaskini menjelang pertengahan tahun depan dan untuk itu pindaan dua akta iaitu Akta Cukai Pendapatan dan Akta PTPTN akan dibentangkan di Parlimen Jun 2011, sekali gus membolehkan bayaran balik pinjaman dibuat menerusi PCB dikuatkuasa mulai 1 Januari 2012,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup eRAS LHDN di Muzium Kesenian Islam Malaysia, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Eksekutif Century Software (Century Software) Holdings Berhad, Samsul Husin.




Related Posts by Categories



1 comment

Hazwan Hakim said...

wah..bgusla kalo krajaan wat camni...terurus skit..xde la ptptn je pening pale nk cari pembayar..hehe

December 28, 2010 at 10:08 AM
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top