Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Pekerja sektor swasta mungkin nikmati cuti bersalin 90 hari

Thursday, December 09, 2010

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Pekerja sektor swasta dijangka menikmati cuti bersalin sehingga 90 hari sama seperti penjawat awam melalui satu usaha penyelarasan dan pindaan terhadap Akta Pekerjaan 1955.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya akan memasukkan kertas Kabinet untuk mendapatkan kelulusan supaya Kementerian Sumber Manusia meminda akta pekerjaan bagi menentukan cuti bersalin diselaraskan dengan perkhidmatan awam.

Menurutnya, cadangan cuti bersalin selama 90 hari bagi pekerja sektor swasta akan dibawa ke Kabinet pada Januari depan.

“Perkhidmatan awam, kita sudah beri 90 hari mengikut pilihan pekerja. Kita nak bawa polisi yang sama kepada sektor swasta. Kita tak mahu sektor swasta tertinggal di belakang,” katanya.
 


Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top