Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Pameran Penjara Pudu boleh cetus keinsafan

Friday, December 17, 2010

Gambar hiasan

SEREMBAN: Orang ramai berpeluang menyaksikan keadaan dan peralatan yang digunakan di Penjara Pudu, Kuala Lumpur pada Pameran Penjara Pudu yang sedang berlangsung di Muzium Negeri Sembilan, di sini.
Pameran yang dijangka berakhir hujung bulan depan itu turut memberi peluang kepada pengunjung melihat dengan lebih dekat keadaan sebenar seorang banduan di dalam penjara. 

Rakaman video memaparkan kejadian banduan disebat turut dipertontonkan kepada pengunjung bagi memberi keinsafan dan pengajaran supaya tidak membuat jenayah sehingga perlu menerima balasan sedemikian. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail, berkata pameran itu juga memberi peluang kepada orang ramai mendapat maklumat mengenai sistem Penjara Pudu.

"Setiap sudut pada pameran ini perlu dijadikan pengajaran kepada semua golongan, sekali gus memberi keinsafan kepada masyarakat bahawa perbuatan salah akan mendapat pembalasan," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pameran Penjara Pudu di Muzium Negeri Sembilan, di sini.


Hadir sama, Ketua Penyelaras Muzium Penjara Malaysia Bandar Hilir, Melaka, Mohamed Musa dan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Drs Shamsuddin Ahmad.


Selain video hukuman rotan dan sel yang menempatkan banduan, antara bahan yang dipamerkan adalah keadaan mahkamah, peralatan di dalam lokap, pakaian kakitangan, tempat hukuman gantung dan barang yang pernah digunakan di dalam penjara seperti kamera antik dan seterika lama.

Peniaga, Normala Abd Aziz, 42, berkata dia mengetahui mengenai aktiviti itu menerusi radio dan mengajak anak saudaranya melihat pameran itu kerana berminat mengetahui keadaan Penjara Pudu. 





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top