Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Adakah kita antara orang Mukmin yang benar-benar mendapat kemenangan?

Sunday, December 19, 2010


Wahai orang-orang beriman, rukuklah, sujudlah dan sembahlah Tuhanmu, dan buatlah kebajikan, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan - Surah Al Haj (ayat 77)


Orang-orang mukmin yang mendapat kemenangan ialah:

Orang-orang yang khusyuk di dalam sembahyangnya.  Erti khusyuk itu ialah berhati tenang dalam sembahyang dan takut kepada Allah SWT serta memerhatikan apa-apa yang dibaca dalam sembahyang.  Sebab itu mestilah setiap orang menghafal erti bacaan yang dibaca di dalam sembahyang.

Orang-orang yang tidak mahu bercakap yang tidak berfaedah.

Orang-orang yang mengeluarkan zakat hartanya.

Orang-orang yang memelihara kehormatannya (tidak berzina), kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya.

Orang-orang yang memelihara amanat dan mengembalikan kepada orang empunya, umpama titipan wang dan sebagainya.

Orang-orang yang menepati janji (setia kepada janjinya).

Orang-orang yang menjaga waktu sembahyang, iaitu mengerjakannya tepat pada waktunya, iaitu 5 waktu bagi orang yang menetap dan 3 waktu pagi bagi musafir (berjalan, begitu juga bagi orang yang sakit).

Orang-orang inilah yang berhak mendapat syurga Firdaus serta kekal di dalamnya.


(Surah Al-Mukminun ayat 1-11)







Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top