Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Motivasi: Kewajiban Menuntut Ilmu dan Menyebarkannya

Tuesday, December 28, 2010


Dalam kehidupan seharian, kita sering mempelajari sesuatu perkara baru. Maka, bermulalah episod baru dalam diri seseorang itu.  Tiada seorang pun yang lahir di dunia ini dalam keadaan berilmu atau sudah cukup ilmunya.


Kewajipan menuntut ilmu dan mengajarkannya adalah satu kewajipan bagi setiap muslim.   

Jika menuntut Ilmu itu satu kewajipan bagi setiap muslimin, maka mengajarkan Ilmu yang sudah diperolehi  itu juga merupakan suatu kewajipan.

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda dan maksudnya :

"Sekiranya Allah mengkehendaki kebaikan buat seseorang, nescaya Dia akan memberi kefahaman tentang Agama kepada orang tersebut.(Riwayat Bukhari & Muslim)

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud:

"Menuntut Ilmu adalah fardhu kepada setiap orang Islam, dan meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya tidak ubah seperti menggantungkan permata, mutiara dan emas kepada seekor babi."  (Riwayat Ibnu Majah)

Alhamdulillah, menyedari hakikat ini, saya cuba untuk membangunkan blog ini bagi berkongsi pelbagai jenis maklumat dan ilmu untuk manfaat kita bersama.

Wallahua'lam.



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top