Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Menteri Indonesia serbu Stadium Nasional

Thursday, December 23, 2010


KEJAYAAN mara ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF nyata mencetuskan fenomena luar biasa di kalangan rakyat dan pemimpin tertinggi Indonesia.

Apa tidaknya, selain daripada dua juta rakyatnya yang berkerja di Malaysia dan ribuan lagi dilaporkan bakal tiba untuk menyaksikan perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ahad ini, barisan pemimpinnya turut sama hadir memberikan sokongan.

Menurut Duta Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Da`i Bachtiar beberapa menteri dan kenamaan republik itu sudah mengesahkan kehadiran mereka seperti Menteri Pemuda dan Olahraga, Andi Malarangeng; Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi, Muhaimin Iskandar; Menteri Koordinator Kesejahteraan Rakyat, Agung Laksono; Menteri Kelautan dan Perikanan, Fadel Muhammad; Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Marzuki Alif; Ketua Parti Demokrat, Anas Urbaningrum; Ketua Umum Muhamadiyah, Din Syamsuddin dan Ketua Mahkamah Konstitusi Mahfud MD.

“Bagaimanapun, sehingga kini tiada permintaan rasmi daripada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono untuk turut hadir di Kuala Lumpur bagi menyaksikan perlawanan itu,” katanya pada satu sidang media semalam.

Media di Indonesia bagaimanapun melaporkan presiden itu mempunyai urusan rasmi semasa perlawanan akhir pertama itu, namun Susilo dijangka hadir pada perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta pada Rabu depan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Nugraha Besoes menjelaskan skuad kebangsaan Indonesia bakal menerima ganjaran lumayan jika menjuarai Piala Suzuki AFF dengan peruntukan 3 bilion rupiah (RM900,000).




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top