Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

15 Cinta Melayu dikagumi di Rusia | Episodbaru

Tuesday, December 21, 2010


Apakah perasaan anda selepas menonton video di bawah? 

Walaupun kita hanya dapat menonton sebahagian sahaja daripada video ini, namun mesej yang disampaikan amat jelas.




Sejujurnya, apabila pertama kali melihat video ini, saya berasa amat terharu dan bangga kerana wujudnya orang barat yang mengkagumi Melayu dan Bahasa Melayu KITA (tidak kira peringkat umur).

Adakah kita sebagai rakyat Malaysia patut berasa bangga atau malu selepas menonton video ini?

Kesimpulan dan renungan:

Banggakah kita menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan 
seharian kita ? 

ATAU

Adakah kita segan dan malu apabila orang lain memulakan perbualan dengan bahasa Inggeris (kerana ingin menjaga standard atau ditakuti dianggap tidak tahu berbahasa Inggeris) maka, kita pun bercakap bahasa Inggeris ?

ATAU

Adakah kita rasa kampung/rendah diri apabila berbahasa Melayu jika berada dalam situasi berikut: 

:: berada di pusat beli-belah ternama (jika tidak sebut pun anda pasti tahu) di negara kita, kerana apabila berjalan-jalan, kanan kiri orang Malaysia cakap
bahasa Inggeris atau bahasa ibunda masing-masing ::

:: bila berada tempat atau kawasan di mana kurangnya penduduk majoriti Malaysia,
adakah bahasa kebangsaan masih diperlukan? (mungkin bergantung kepada keadaan)  ::

:: bila lihat orang lain "speaking", kita pun rasa hendak "speaking" :: 

:: apabila kita bercakap bahasa Melayu dengan seseorang (tidak kira bangsa apapun di Malaysia, yang penting dia penduduk tempatan), tiba-tiba orang itu tidak faham atau tidak tahu berbahasa Melayu :: 

Berdasarkan pengalaman:

Mereka yang tidak tahu/kurang fasih berbahasa Melayu akan sekurang-kurangnya memberikan bahasa isyarat seperti menunjukkan ke arah sesuatu apabila ingin bertanyakan soalan atau menjawab kepada soalan yang diajukan.

ATAU

Apabila mereka akan terus bercakap menggunakan bahasa Inggeris sebelum berurusan tentang sesuatu perkara, dengan terpaksa dan serba-salah, kita pun terpaksalah berurusan dalam bahasa Inggeris juga (eh, kita di Malaysia ke di negara barat ni?)

ATAU

Katalah kedai atau syarikat atau di mana sahaja mengagungkan bahasa lain daripada bahasa Melayu, 
apa akan jadi kepada generasi akan datang???? Lama-kelamaan wujudnya perasaan malu untuk menggunakan bahasa Melayu dalam apa jua urusan (melainkan urusan kerajaan) terutamanya dalam perniagaan.


Apakah kepentingan bahasa Melayu dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM?

Apa kita boleh buat, tengok dan lihat sahaja ke?  

Post kali ini tidak memihak kepada sesiapa, tetapi setelah menonton Orang Barat (orang Rusia) sendiri mengagungkan dan sayang Melayu dan Bahasa Melayu, mengapa tidak kita penduduk Malaysia? 

Oleh hal yang demikian, alangkah bagusnya sekiranya semua pelancong atau pelajar luar negara yang menetap di Malaysia samada yang bekerja atau melanjutkan pelajaran, MESTI belajar bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya fasih berbahasa Melayu sebagai tanda menghormati negara dan bahasa kebangsaan kita, bukan hanya bergantung kepada bahasa International (yang sudah lama diangkat/dijulang) iaitu bahasa Inggeris.  

Apatah lagi KITA sebagai penduduk Malaysia WAJIB fasih dan pandai menggunakan bahasa Melayu dalam perbualan seharian tidak kira untuk urusan rasmi atau sebaliknya.


KITA di Malaysia, bukan di luar negara.

Ada juga berkata "Aku berbangga dapat belajar bahasa-bahasa lain, aku juga langsung tidak malu berbahasa Melayu".  Ya, memang benar, tetapi adakah kita mahu melihat semakin hari rakyat Malaysia khususnya orang Melayu ingin menjadi orang putih, pakaian sudah ke arah barat (lupa ciri kemelayuan dan lupa landasan-landasan Islam), tetapi bangga dengan budaya barat?  Yang tinggal hanyalah agama pada nama dan bahasa ibunda pula semakin terpinggir. 

Video ini sekadar memberi kesedaran kepada semua rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat agar tidak melupakan atau meminggirkan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan Malaysia.

Kesimpulannya, artikel ini tidak menyanjung atau mengangkat sesiapa samada orang Melayu atau orang Barat, tetapi ingin mengembalikan kesedaran terhadap kepentingan bahasa Melayu dan Melayu di dunia khususnya di Malaysia.

Sebagai penutup, hayatilah pantun Melayu lama KITA seketika:

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Cintailah bahasa ibunda kita Bahasa Melayu ^-^

Anda boleh mengikuti Dokumentari Khas tentang Melayu bersama Ustaz Amin seperti berikut:


Sekian,

bak kata orang barat (Rusia) dalam video di atas tadi iaitu

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA!

Wallahua'lam







Related Posts by Categories



15 komen

SD said...

tak pernah rasa hina @ malu ckp bm....tp rasa bangga klu dpt berbahasa guna bahasa org lain....maksudnya bangga dpt kuasai byk bahasa....

December 21, 2010 at 11:49 PM
- - myazara - - said...

syazwan: semangat itu yg kita mahukan , insyaallah takkan melayu hilang di dunia

SD: bersyukurlah anda bukan dikalangan yg malu bercakap bm...dan alangkah bagusnya dapat menguasai bahasa lain seperti bahasa arab, bahasa mandarin, bahasa tamil, dan sebagainya kan =)

December 22, 2010 at 12:03 AM
amirulez said...

rasa bangga jadi orang melayu..
tapi style ckp die mcm indonesia sikit la..
takkan melayu hilang di dunia.

December 22, 2010 at 1:26 AM
- - myazara - - said...

amirulez
insyaallah takkan melayu hilang di dunia, artikel sebagai kesedaran kepada kita semua pentingnya bahasa ibunda kita...

December 22, 2010 at 8:29 AM
Anonymous said...

are you sure they are not mormon?
like seriously? they are not mormon?

penah tengok kat youtube pasal paku dan belacan?
those are the mormon who keep trying to convert us.

define us...the Malays.

imho.

December 22, 2010 at 5:14 PM
- - myazara - - said...

jika mereka ialah 'mormon', kita janganlah ikut seperti mereka . jika mereka itu 'mormon' kita berdoa kepada Allah semoga diberi petunjuk ke jalan yang benar .

seperti yang terdapat di penghujung artikel ini iaitu artikel ini tidak menyanjung atau mengangkat sesiapa samada orang Melayu atau orang Barat, tetapi ingin mengembalikan kesedaran terhadap kepentingan bahasa Melayu dan Melayu di dunia khususnya di Malaysia.

yang baik daripada Allah, yang buruk itu daripada diri saya sendiri.

Terima kasih imho =)

December 22, 2010 at 5:29 PM
Anonymous said...

apa yang mormonnye..bagus ape paku dan belacan tu.sekurang-kurangnya dorang dah popularkan bahasa melayu.Bangga la orang luar boleh cakap bahasa melayu.

December 28, 2010 at 12:58 PM
- - myazara - - said...

setuju dengan anonymous, kita tidak berniat berbangga sampai lupa diri...sekadar kagum dgn orang barat yang boleh bcakap melayu dengan fasih..ada rakyat malaysia tak boleh cakap seperti orang barat tu, itu adalah kenyataan dan amat sedih!

December 28, 2010 at 4:35 PM
mdrushdan said...

Salam.

nak tanya la.
saya tahu makna "Buku bertemu Ruas" ialah sesuai, sepadan, berani bersua dengan lawan.

tapi saya berfikir dan bertanya kepada diri sendiri, apa kaitan buku dengan ruas, ruas itu apa, buku itu apa, adakah buku yang dimaksudkan ialah apa yang kita baca seharian dalam bentuk naskhah.

diharap dapat menghuraikan persoalan ini.
terima kasih...

January 17, 2011 at 4:30 PM
mdrushdan said...

Salam.

nak tanya la.
saya tahu makna "Buku bertemu Ruas" ialah sesuai, sepadan, berani bersua dengan lawan.

tapi saya berfikir dan bertanya kepada diri sendiri, apa kaitan buku dengan ruas, ruas itu apa, buku itu apa, adakah buku yang dimaksudkan ialah apa yang kita baca seharian dalam bentuk naskhah.

diharap dapat menghuraikan persoalan ini.
terima kasih...

January 17, 2011 at 4:41 PM
- - myazara - - said...

Salam..

Terima kasih di atas komen anda..

Maksud peribahasa ni ialah sama kuat, sama gagah, sama hebat..

Jika kita lihat dan kaitkan dengan video di atas, maksudnya orang Rusia dengan rakyat Malaysia sama hebat berbahasa Melayu..walaupun orang Rusia bukan rakyat tempatan tapi boleh bercakap Melayu seperti kita..

Sama juga contoh pemain badminton negara dgn pemain badminton indonesia, dua-dua sama hebat, maksudnya barulah umpama peribahasa buku bertemu ruas..

Terima kasih =)

January 18, 2011 at 7:42 AM
Afiq Razin Ong said...

Salam.

Ada siapa2 antara kalian tahu nama universiti atau organisasi mereka ini? Menarik juga kalau dapat tahu. Manalah tahu kalau ada rezeki boleh datang melawat mereka.

Saya bangga jadi anak Malaysia di luar negara!

April 29, 2011 at 2:34 PM
- - myazara - - said...

Salam..

Saya tidak pasti nama universiti tersebut..Afiq belajar di Rusia ke?

May 4, 2011 at 8:47 AM
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top