Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Mayat dipotong beberapa bahagian ditemui di Genting Highlands

Sunday, December 12, 2010



BENTONG: Mayat seorang perempuan yang dipotong beberapa bahagian badannya ditemui di kawasan gaung berhampiran sebuah tokong Cina, Gohtong Jaya, Genting Highlands, semalam. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mansor Mohamad Noor, berkata beberapa anggota badan mayat itu ditemui orang awam di kawasan gaung di km2.3 Jalan Genting Highlands pada jam 5 petang.

"Orang awam menemui kaki kiri dan tangan kanan dan melaporkannya kepada polis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, polis yang melancarkan gerakan mencari kemudiannya menemui sebuah beg yang mengandungi kepala dan badan tanpa kedua-dua tangan dan kaki pada jam 12.30 tengah hari ini.

Beg itu ditemui kira-kira satu kilometer dari tempat sebelah tangan dan sebelah kaki mangsa ditemui.

Dokumen pengenalan diri ditemui dan berdasarkan siasatan awal, polis percaya mangsa ialah seorang remaja perempuan.

Mohamad Mansor , berkata anggota bahagian kaki kanan dan tangan kiri belum ditemui dan polis kini meneruskan operasi mencari dua lagi anggota badan mangsa yang hilang itu.

"Mangsa dipercayai dibunuh dalam tempoh 24 jam lepas," katanya.

Anggota bahagian yang ditemui itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA) Kuantan untuk bedah siasat.

Orang awam yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA 

Berita Harian 




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top