Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Krisis Korea: Russia mahu panggil sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB

Sunday, December 19, 2010


NEW YORK: Russia semalam mahu satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan berikutan tekanan yang semakin memuncak di Semenanjung Korea.

Sementara itu, sumber Amerika Syarikat memberitahu, keputusan bagi mesyuarat tergempar itu belum dibuat tetapi jika diputuskan ia mungkin diadakan jam 3 petang ini waktu tempatan. 


Beberapa jam sebelum ini, Korea Utara menjangkakan "bencana" akan menimpa jika Korea Selatan meneruskan menjalankan latihan artilerinya di sempadan Pulau Yeonpyeong yang sebelum ini diserang oleh jirannya itu, bulan lalu.

"Latihan yang sedang berjalan dan dirancang akan "menjadikan keadaan lebih buruk" di Semenanjung Korea dan ia bakal mengundang 'bencana'," kata Pyongyang dalam satu kenyataan.

Pertikaian tercetus antara Korea Utara dan Selatan di sempadan Laut Kuning yang dilakarkan tentera selepas Perang Korea pada 1950-1953.


Korea Utara mendakwa perarian sekitar Pulau Yeonpyeong dan pulau di bahagian selatan adalah kawasan maritim mereka. - AFP 
 


Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top