Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Kementerian Pengajian Tinggi lepasi sasaran penilaian

Friday, December 17, 2010

BANGI: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencatat pencapaian memberangsangkan apabila berjaya melepasi sasaran penilaian Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) kementerian termasuk pertambahan pelajar asing dan pembukaan satu lagi kampus cawangan universiti luar di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pelajar asing kini mencecah 80,000 orang, sekali gus melebihi sasaran 75,000 pelajar dan ia dijangka meningkat kepada 90,000 orang tahun depan.
Katanya, perkembangan itu menyumbang pendapatan berjumlah RM2.28 bilion, melebihi RM2.25 bilion sasaran sebelum ini. 

“Kita berjaya menambah bilangan kampus cawangan universiti luar terbaru, Southampton University, United Kingdom (UK) muncul institusi pengajian tinggi asing ketujuh membuka kampus cawangannya di sini.

“Pembinaan dilaksanakan di Iskandar Malaysia tahun depan dengan sesi pengajian bermula 2012. Saya sudah menandatangani surat pelawaan dan akan mengambil sedikit masa,” katanya pada Majlis Jasamu Dikenang di sini, malam kelmarin, bagi meraikan persaraan bekas Ketua Setiausaha, Tan Sri Dr Zulkefli A Hassan dan 15 lagi pegawai kementerian itu.

Mohamed Khaled berkata, Southampton University dipilih berdasarkan kedudukannya sebagai antara 100 universiti terbaik dunia dalam penilaian The Times Higher Education Supplement (THES), selain kekuatan dan reputasinya sebagai sekolah kejuruteraan terbaik di UK.

Katanya, terdapat enam kampus cawangan universiti luar di negara ini iaitu University of Nottingham in Malaysia, Monash University of Malaysia, Curtin University of Technology, Swinburne University of Technology, New Castle University Medicine Malaysia dan The Netherlands Maritime Institute.

Mengulas kemungkinan pembukaan kampus universiti luar negara menjejaskan pembangunan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan, Mohamed Khaled, berkata IPT setempat perlu bersaing dan memantapkan kedudukan masing-masing.

Beliau menyifatkan perkembangan itu mampu menarik kemasukan lebih ramai pelajar asing, sekali gus menjadikan perkhidmatan pendidikan tinggi sebagai antara eksport utama negara.





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top