Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Kementerian pantau siri TV unsur seram

Wednesday, December 01, 2010

Durja Ningsun TV3


KEMENTERIAN Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan memantau penyiaran rancangan televisyen berunsur hantu serta tahyul bagi memastikan ada keseimbangan dengan program lain.

Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata pembikin filem diberi kelonggaran menghasilkan kisah seram antara alam nyata dan ghaib yang dapat diterima serta mendapat kelulusan Lembaga Penapis Filem (LPF). 
 
Beliau berkata, golongan itu menghasilkan cerita seram yang memiliki tarikan tersendiri kepada motif dan kisah sedia ada di sekeliling masyarakat. 
 
"Namun, saya bersetuju kita harus berhati-hati selepas ini bagi menentukan supaya hanya genre atau jenis filem yang boleh menghibur dan pada masa sama dapat memberi pengajaran (disiarkan kepada penonton)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) mengenai penyiaran banyak rancangan televisyen berunsur hantu dan tahyul yang dikatakan tidak sesuai serta bertentangan dengan akidah umat Islam.



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top