Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Kelebihan sistem belajar Kumon

Sunday, December 12, 2010


IBU bapa masa kini menyangka kejayaan anak berasaskan jumlah A dalam peperiksaan menyebabkan mereka menghantar anak mengikuti pelbagai kelas dan tuisyen tanpa menyedari ia mungkin membantut semangat kejayaan kanak-kanak itu.


Justeru, adalah penting mengenal pasti pusat pengajian yang menawarkan asas tepat untuk menjuruskan anak anda menghasilkan peningkatan dalam keyakinan diri.

Kasih seorang bapa, Toru Kumon kepada anaknya adalah ramuan penting dalam pembangunan Kumon lebih 50 tahun dahulu di Jepun yang membuka laluan kepada kanak-kanak di seluruh dunia. 

Kaedah pembelajaran Kumon menekankan kaedah pembelajaran disesuaikan secara individu dan mengikut kemampuan seseorang pelajar.

Program Matematik Kumon membimbing pelajar memahirkan diri dengan kandungan kurikulum Matematik peringkat menengah tinggi sehingga prauniversiti.

Di Kumon, semua kanak-kanak memiliki potensi dan menerusi arahan yang tepat, tidak mustahil mencungkil potensi terpendam dalam diri mereka. 


Melalui Kumon, kanak-kanak akan peroleh kemahiran belajar seperti disiplin diri, pengurusan masa, tumpuan dan kemampuan untuk mengatur sendiri yang diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.

Kumon menitikberatkan kaedah pembelajaran yang meliputi pemberian kertas kerja kepada pelajar sebagai kerja rumah. 

Kertas kerja berkenaan disemak semula dan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi membolehkan pelajar Kumon membina kemampuan akademik lebih tinggi.

Kumon menawarkan mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. Program Matematik tertumpu kepada pembangunan kemahiran mengira yang mantap, membolehkan pelajar maju melebihi tahap persekolahan mereka.

Program Matematik terdiri daripada 21 peringkat meliputi tahap 7A hingga O dengan setiap tahap mengandungi 200 helaian kerja.

Melalui program Bahasa Inggeris pula, pelajar akan memberolehi minat membaca yang mendalam dan membina kemampuan memahami bahan bacaan peringkat tinggi.

Ia mengandungi 18 peringkat, daripada 7A hingga L dengan kebanyakan peringkat mengandungi 200 kertas kerja.

Kerjasama ibu bapa membolehkan Kumon melahirkan ramai individu berjaya di seluruh dunia. Tabiat pembelajaran yang baik dan konsisten membantu mereka menjadi lebih mahir, fokus, dan berdisiplin.

Suraiah Jalaludeen, 42, tidak pernah membiarkan anak-anaknya, Muhammad Irshad Abdul Hakim, 13, dan Muhammad Imran Abdul Hakim, 12, belajar tanpa dipantau. "Saya akan periksa kerja rumah mereka. Ketika menyertai Kumon, saya duduk di hadapan ketika mereka membuat kerja.

"Saya akan pastikan sekurang-kurangnya ada seorang (ahli keluarga) mengawasi kerja rumah mereka," katanya.

Pusat Kumon pertama di luar Jepun dibina di New York pada 1974 dan sejak itu, ia berkembang pesat. 

Kaedah dan pendekatan Kumon kekal konsisten selama lebih 50 tahun dan diterima di pelbagai negara.

Kumon membantu kanak-kanak dan orang dewasa di seluruh dunia mencapai matlamat dan impian mereka.

Di Malaysia, Kumon memberikan perubahan positif kepada lebih 40,000 kanak-kanak di 200 buah pusat.

Untuk maklumat lanjut hubungi Kumon di 1800-88-1010 atau layari www.kumon.com.my





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top