Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 'Kedaulatan Melayu lebih sesuai'

Thursday, December 09, 2010

SULTAN Ibrahim bertitah ketika merasmikan Multaqa Ulama Darul Ta’zim di Pusat Persidangan Antarabangsa Persada Johor di Johor Bahru, semalam.

Sultan Johor gesa orang Melayu muhasabah

JOHOR BAHRU: Ketuanan Melayu lebih sesuai disebut ‘kedaulatan Melayu’ kerana ia mencakupi kedudukan Raja-Raja Melayu dan rakyatnya, bukannya soal antara ‘tuan’ dan ‘hamba’, titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. 

Baginda bertitah, ketuanan Melayu merujuk kepada kedaulatan di negeri Melayu dengan kedudukan Raja sebagai puncak kerajaan negeri Melayu. 

“Apabila British memberikan kemerdekaan kepada negara ini, mereka menyerahkan semula Tanah Melayu kepada tuannya iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya.

“Awal sebelum kedatangan British dan sebelum kedatangan mana-mana bangsa ke negara ini, telah wujud tuan kepada tanah ini iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya.

“Sejak dulu lagi, ketika negeri Melayu belum dijadikan Persekutuan, Raja-Raja Melayu dan rakyatnya menerima orang luar sebagai tetamu dan memberikan mereka ruang mencari rezeki serta bersama membangunkan Tanah Melayu.

“Apabila sudah menjadi Persekutuan, hak kaum lain terus dijaga dan dihormati serta dijamin Perlembagaan,” titah baginda ketika merasmikan Multaqa Ulama Darul Ta’zim di Pusat Persidangan Antarabangsa Persada Johor di sini, semalam. 

Sultan Ibrahim bertitah membangkitkan soal mengenai ketuanan Melayu memandangkan masih ramai rakyat tidak memahami perkara berkenaan.

Baginda meminta orang Melayu supaya melakukan muhasabah diri dan segera kembali ke pangkal jalan berikutan ada di kalangan mereka sendiri yang mahu menolak kedaulatan Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Berdasarkan perkembangan semasa, suka saya mengingatkan orang Melayu supaya muhasabah diri dan segera kembali ke pangkal jalan. Sudah ada orang Melayu sendiri yang mahu menolak kedaulatan Melayu.

"Dalam hal ini, ulama boleh berperanan menjelaskannya dan mempertahankan kedaulatan Melayu," titahnya.

Sultan Ibrahim bertitah sistem Raja dan kerajaan Melayu yang wujud sejak ratusan tahun dan kekal sehingga ke hari ini serta termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top