Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Ke Final

Sunday, December 19, 2010

JURULATIH K Rajagobal dijulang pemain negara selepas tamat perlawanan 
menentang Vietnam, malam tadi.

Barisan 10 pemain Vietnam gagal tembusi kubu kental skuad Rajagobal

"PEMAIN sudah tunjukkan taring harimau yang sebenar. Walaupun permainan tidak menarik, tetapi kita layak mendapat keputusan ini. Saya optimistik kita dapat menjadi juara kali ini. 

“Saya semakin yakin dengan peluang kita pada final nanti selepas pencapaian pemain hingga ke tahap ini. Walaupun pada awalnya kita tidak meletakkan sasaran, tapi kini alang-alang sudah sampai ke final, lebih baik kita selesaikan sehingga muncul juara. 

“Saya rasa cukup gembira kerana ia sesuatu yang amat istimewa mara ke final walaupun skuad kali ini dibarisi ramain pemain muda selepas beberapa pemain utama dilanda kecederaan.”

Itu kata-kata yang terpacul daripada mulut jurulatih K Rajagobal selepas mengharungi tempoh 90 minit mendebarkan dalam saingan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki di Stadium My Dinh, di Hanoi, malam tadi sebelum Malaysia mengesahkan tempat ke final, 26 dan 29 Disember ini bertemu sama ada Indonesia atau Filipina.

Ia pasti menjadi malam cukup panjang bagi barisan pemain muda negara yang melakar sejarah ke final pertama selepas 14 tahun, hasil kemenangan agregat dua gol Mohd Safee Sali pada pertemuan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu lalu.

Keputusan tanpa jaringan di depan lebih 40,000 penonton serba merah tuan rumah, sudah lebih daripada mencukupi walaupun sepanjang permainan, skuad muda negara dipaksa bertahan, terima kasih kepada penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat yang layak dianggap wira.

Pada babak pertama, Vietnam memulakan rentak pantas menyerang kubu pasukan kebangsaan tetapi benteng pertahanan berhati-hati memastikan tiada percubaan berbahaya, dengan jentera serangan dibarisi Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Safee cuba mengintai peluang serangan balas.

Ruang untuk mencari keputusan positif terhasil selepas juara bertahan kendalian Henrique Calisto itu terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Thanh Luong dibuang padang kerana sengaja menjatuhkan diri di dalam kotak penalti serta membantah keputusan pengadil.

Rentak permainan negara menjadi lebih tenang dan kemas selepas itu, malah kurang bernasib baik untuk membocori gawang tuan rumah walaupun Vietnam tidak berputus asa untuk mencari gol semangat, hinggalah pengadil menamatkan permainan.








Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top