Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Kandungan subjek pendidikan seks perlu mudah difahami: IKIM

Friday, December 17, 2010

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bersetuju dengan pelaksanaan subjek Pendidikan Seks di sekolah dengan syarat isi kandungannya mudah difahami selain bersesuaian dengan situasi masa kini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.

Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada pihak yang pakar dalam bidang itu untuk menentukan bila subjek seks perlu dilaksanakan dan tahap usia yang sesuai untuk didedahkan subjek berkenaan. 

“Kerajaan apabila nak buat sesuatu dasar, ia dilakukan begitu halus dan terperinci. Tidak timbul setuju atau tak setuju, sebab sekarang orang boleh akses maklumat dalam internet dan pornografi dengan mudah. 

“Pendidikan seks yang memberi kefahaman itu penting, jadi pelajar perlu diberi penerangan. Dengan cara itu, baru kita boleh meningkatkan kefahaman mereka dari segi kesihatan dan emosinya.

“Kita perlu beri penerangan supaya mereka tahu mengenainya dan ini juga adalah satu proses dalam kehidupan, tetapi masyarakat melihat perkara ini suatu yang negatif,” katanya pada sidang media selepas merasmikan ‘Muzakarah Pakar Menangani Zina dan Pembuangan Bayi’ dikalangan remaja dan pelajar sekolah di sini, semalam.

Nik Mustapha berkata, perkara penting sekarang ialah bagaimana cara terbaik untuk semua pihak menerangkan kepada mereka mengenai subjek itu supaya penyampaiannya nanti lebih jelas, berkesan dan mudah difahami pelajar.

Beliau juga berharap pengajaran subjek dapat memberi kefahaman kepada murid mengenai pentingnya institusi kekeluargaan yang perlu dipertahankan.

Berucap merasmikan muzakarah itu, Nik Mustapha berkata, perlakuan zina dan pembuangan bayi perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.

“Cari puncanya dari pelbagai aspek... apa sebabnya berlaku di kalangan pelajar sekolah, dan bagaimana mengurangkannya kerana ia merosakkan kestabilan dan keharmonian masyarakat kerana institusi keluarga, institusi yang penting, untuk menyelamatkan generasi masa depan,” katanya.




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top