Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Johor: Mahu jambatan baru

Wednesday, December 15, 2010

TAMBAK Johor yang masih digunakan hingga hari ini

Tambak perlu diganti sejajar peningkatan ekonomi

JOHOR BAHRU: Pelbagai peringkat masyarakat negeri ini menyokong penuh pembinaan jambatan baru yang moden serta mesra alam bagi menggantikan Tambak Johor yang berusia lebih 86 tahun. 

Mereka bersetuju dengan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang mahu Kerajaan Pusat mempertimbangkan semula projek jambatan baru itu yang pembinaannya dibatalkan pada 2006. 

Penduduk, Mohd Fuad Md Ali Hanafiah, 32, berkata jika disingkap sejak dulu, tidak dinafikan tambak terbabit penting dalam membangunkan ekonomi Johor.

Namun, katanya, zaman itu sudah berlalu dan Johor tidak akan maju dan perkembangan ekonominya akan terbantut jika tambak yang dibuka sejak 1924 itu tidak digantikan sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa.


“Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Johor Bahru destinasi akhir yang menyambungkan Singapura dan Malaysia sejauh 1.5 kilometer tetapi ia masih tidak dapat digunakan sepenuhnya akibat pembatalan pembinaan jambatan itu.


“Kompleks itu seolah-olah bertukar menjadi projek gajah putih kerana ia masih tidak dapat beroperasi dengan sempurna kerana banyak jalan yang masih ditutup hingga mengakibatkan berlaku kesesakan, " katanya. 
 
Katanya, pembinaan jambatan itu bukan saja memberi manfaat kepada Johor malah kepada Singapura kerana ia memberikan faedah kepada rakyat kedua-dua pihak.

Penduduk, Mohd Nur Azman Naim, 26, berkata pembinaan jambatan bengkok tidak memerlukan persetujuan daripada Singapura kerana ia membabitkan bahagian tambak yang berada di bawah Johor.


Katanya, pembinaan jambatan itu sudah diluluskan sejak zaman kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lagi dan tiada masalah jika pembinaan diteruskan kerana kajian terperinci sudah dijalankan.


“Pembinaan jambatan bengkok ini mampu menyelesaikan masalah pencemaran laut yang berlaku di Selat Tebrau dengan melancarkan aliran air yang selama ini bergerak terlalu perlahan akibat kewujudan tambak itu.


“Namun, ramai pemimpin Singapura bimbang kewujudan pembinaan jambatan itu boleh mengancam ekonomi mereka kerana memudahkan laluan kapal dagang dari Selat Melaka ke Laut China Selatan tanpa melalui Singapura.


“Ia mustahil dan tidak masuk akal disebabkan Selat Tebrau adalah cetek kerana enapan lumpur akibat pergerakan air sudah terhalang lebih 80 tahun dulu, " katanya yang berharap kerajaan lebih serius mendalami masalah ini kerana ia akan merencatkan usaha Johor mencapai status negeri maju.


Pekerja swasta, Halimah Hashim, 52, pula berkata, pembinaan jambatan baru memang wajar kerana kemudahan sedia ada sempit dan sesak terutama pada musim cuti.


“Pernah rakan saya yang menaiki bas terpaksa berjalan kaki sehingga ke Woodlands kerana keadaan lalu lintas di atas tambak terlalu sesak. Kalau jambatan baru dibina mungkin ruang lebih besar dan selesa," katanya.


Warga Johor Bahru, Zuraimi Khamis, 32, berkata rakyat negeri ini sentiasa berharap Kerajaan Pusat dapat menimbangkan semula projek pembinaan jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor.


Katanya, jambatan baru akan memberikan pelbagai kesan dan faedah termasuk aspek ekonomi serta laluan air di situ. 





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top