Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

2 Mengapa imej bersih Singapura terhakis?

Tuesday, December 21, 2010


BEBANAN levi kenderaan dan cukai jalan tidak menghalang rakyat Singapura memiliki kenderaan.

SINGAPURA sering berbangga apabila menyatakan ia mempunyai sebuah kota yang bersih dan mesra alam sekitar.  Namun, ledakan ekonomi dan peningkatan taraf kehidupan menjadikan rakyat negara itu antara penyumbang pencemaran karbon terbesar di dunia.


Ketika persidangan kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berlangsung di Mexico berusaha mencari jalan mengawal pembebasan karbon yang menjadi punca kepada pemanasan global, sikap acuh tak acuh Singapura dalam menangani isu tersebut menimbulkan persoalan di kalangan negara-negara Asia dan dunia.

Negara itu sebelum ini telah melakukan pelbagai usaha untuk membuktikan ia sebuah negara yang mesra alam sekitar dan mengukuhkan namanya sebagai hab tenaga baru yang boleh diperbaharui di rantau itu.

Bagaimanapun, sekiranya semua penduduk Asia mengamalkan kehidupan moden dan mewah seperti rakyat di negara itu, kesan rumah hijau akan menjadi semakin membimbangkan.

"Sekiranya semua penduduk di dunia ini mengamalkan gaya hidup seperti penduduk Singapura, kita memerlukan tiga planet untuk menampung segala keperluan tersebut," kata jurucakap Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), Chris Chaplin.

Pada bulan lalu, sebuah firma penasihat ancaman global di Britain, Maplecroft telah menyenaraikan Singapura sebagai negara pengeluar karbon dioksida (CO2) ketujuh di dunia berdasarkan saiz populasi penduduknya.

Berada di hadapannya ialah negara Emeriyah Arab Bersatu (UAE), Australia, Amerika Syarikat (AS), Kanada, Belanda dan Arab Saudi.

Indeks yang diperoleh firma itu berdasarkan penilaian pembebasan CO2 secara tahunan daripada penggunaan tenaga, pengeluaran per kapita dan kumulatif sesebuah negara lebih daripada satu abad bermula dari tahun 1900 sehingga 2006. 

"Kekurangan sumber tenaga bersih di samping perkembangan pesat ekonomi dan peningkatan penggunaan kenderaan serta aplikasi elektronik seperti pendingin hawa menyumbang kepada peningkatan pengeluaran karbon di Singapura," kata Maplecroft dalam satu kenyataan.

Peningkatan kenderaan

Walaupun rakyat negara itu dibebani dengan levi kenderaan dan cukai jalan yang menyeksakan, jumlah kenderaan yang didaftarkan di jalan raya mencecah 925,518 buah pada tahun 2009. 

Ia merupakan peningkatan sebanyak 27 peratus dalam tempoh lima tahun lalu, dengan kenderaan persendirian menyumbang 60 peratus daripada jumlah itu, menurut satu laporan rasmi.

Bagaimanapun, dalam satu senarai lain, WWF menyenaraikan Singapura sebagai negara ke-21 di dunia dalam aspek penekanan bidang ekologi atau keperluan sumber bagi setiap rakyatnya, di hadapan beberapa buah negara seperti Jerman, Perancis dan Britain.

Penilaian yang dilakukan WWF tidak terhad kepada pembebasan karbon, komponen terbesar yang dihasilkan manusia, tetapi juga keperluan tempat tinggal penduduk yang menetap di kawasan pertanian, nelayan, hutan dan padang ragut yang terdapat di seluruh dunia.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Singapura tetap berkeras menyatakan negara itu tidak mempunyai pilihan lain kecuali bergantung pada sumber bahan api yang diimport bagi memenuhi keperluan industrinya yang berkembang pesat.

Perdagangan bebas ekonomi negara itu mencecah AS$200 juta (RM626 juta) pada tahun 2009, dan dijangka berkembang sebanyak lebih 15 peratus pada tahun ini.

Loji jana kuasa angin 

Dengan keluasan keseluruhan pulau itu yang lebih kecil berbanding New York City, Singapura yang mempunyai penduduk seramai lima juta orang tidak mempunyai ruang untuk membina loji jana kuasa angin.

PENGGUNAAN pendingin hawa menyumbang kepada peningkatan pengeluaran karbon di Singapura.

Malah, negara itu juga tidak langsung mempunyai cita-cita untuk mempunyai jana kuasa hidro dan geoterma sebagai sumber tenaga.

"Kami hanya bergantung pada bahan bakar kerana keluasan negara yang kecil mengehadkan keupayaan kami untuk bertukar kepada sumber tenaga alternatif," kata National Environment Agency (NEA) dalam satu kenyataan kepada AFP.

Kenyataan itu turut menyatakan indeks yang dikeluarkan Maplecroft tidak menggambarkan usaha yang dilakukan Singapura untuk mengurangkan pembebasan karbon serta tidak mengambil kira keadaan dan kesesuaiannya.

"Sebagai sebuah negara yang kecil, penggunaan pengeluaran per kapita rakyat meningkatkan pembebasan karbon," jelasnya, sambil mencatatkan bahawa secara keseluruhan, Singapura menyumbang kurang 0.2 peratus daripada pembebasan global.

Walaubagaimanapun, kerajaan negara itu berkata, ia sentiasa komited dalam berhadapan perubahan cuaca dan telah mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan pembebasan karbon yang dihasilkan. 

Antara tindakan yang dilakukan ialah beralih daripada penggunaan minyak kepada gas asli untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Singapura juga melakukan pelaburan besar dalam teknologi bagi menghasilkan tenaga yang bersih dan mesra alam sekitar. 

Negara itu telah memperuntukkan sebanyak AS$770 juta (RM2.1 bilion) untuk membangunkan sumber tenaga berasaskan inovatif sebagai penyelesaian. Pada masa yang sama, sebuah terminal gas cecair asli juga sedang dibina dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2013.

Terminal itu akan menjadi laluan kepada sumber gas asli yang dibekalkan oleh negara-negara jirannya, Indonesia dan Malaysia.

Di samping itu, kerajaan juga menggalakkan rakyatnya melakukan kitar semula, menggandakan rangkaian kereta api yang sedia ada dan giat melakukan ujian terhadap kenderaan elektrik untuk kegunaan komersial. - AFP




Related Posts by Categories



2 komen

Adem and Cats said...

tiada apa yg menarik ttg singapura tak caya pergilah malaysia lagi bagus :)

December 21, 2010 at 8:23 AM
- - myazara - - said...

terima kasih di atas komen anda, dan kita bersyukur kerana menjadi penduduk Malaysia tercinta =)

December 21, 2010 at 9:32 AM
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top