Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Episodbaru - 2 minit sebelum menutup tirai 2010

Friday, December 31, 2010


11.51 malam.  Inilah detik terakhir urusan blogku sebelum tahun 2010 melabuhkan tirainya.  Perkara yang berlalu terlalu banyak sehingga tidak dapat untuk menyebutnya satu-persatu.  Segala kenangan pahit, manis, suka dan duka sentiasa di ingatan.  Usiaku juga semakin meningkat.  Adakah aku patut bergembira atau bersedih menatap perkara-perkara lalu.  Namun, hidup mesti diteruskan.  11.53 malam ..

Ya Allah, peliharalah hambaMu ini.  Aku hanya insan yang amat lemah dan daif.  Yang sentiasa mengharapkan petunjuk dan hidayahMu.  Aku bermohon agar Engkau sentiasa melindungi aku serta keluarga, serta semua umat manusia di muka bumi ini agar dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih baik, dengan izinMu.

11.55 malam.  Mungkin inilah ayat terakhir sebelum aku menamatkan ayat terakhir aku di blog ini iaitu pada saat dan detik penutup tirai tahun 2010.

Ya Allah, apapun aku amat bersyukur dengan segala nikmat dan rezekiMu dan aku berdoa agar Engkau memberkati urusan hidup hambaMu ini, insyaallah!

Salam 2011! Tutup buku lama, buka buku BARU dengan lebih banyak episodbaru! Insyaallah!

Selamat datang 1.1.2011 !





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top