Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Bencana alam ragut 31 nyawa di Mesir

Tuesday, December 14, 2010


PASUKAN penyelamat berusaha mencari mangsa yang masih hidup di celah runtuhan bangunan kilang di Iskandarian, 230 kilometer di utara Kaherah kelmarin. - REUTERS

KAHERAH - Sekurang-kurangnya 31 orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam runtuhan bangunan dan kemalangan jalan raya yang dikatakan berpunca daripada ribut pasir, hujan lebat serta angin kencang di seluruh Mesir.

Agensi berita rasmi MENA melaporkan, sebuah bangunan kilang yang runtuh di bandar raya pelabuhan, Iskandariah di utara negara ini mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang dan mencederakan 10 yang lain.

Katanya, jumlah kematian itu mungkin meningkat kerana ramai lagi mangsa dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan.

Akhbar rasmi Al-Ahram mendakwa hujan lebat menjadi punca kerosakan pada struktur kilang yang menyebabkannya runtuhan itu berlaku.

Al-Ahram berkata, bangunan-bangunan lain juga runtuh atau rosak teruk akibat ribut yang membawa kepada kematian lain.

Akhbar itu yang menyatakan jumlah kematian keseluruhan seramai 31 orang turut menyenaraikan kematian-kematian dalam kemalangan jalan raya yang mempunyai hubung kait dengan faktor cuaca, termasuk satu kemalangan di mana sebuah lampu jalan jatuh di atas sebatang jalan.

Ribut pasir, hujan lebat dan angin kencang telah membadai Mesir beberapa hari lalu, di mana bahagian utara negara ini merupakan kawasan yang paling teruk terjejas.

Sekurang-kurangnya 10 pelabuhan di Laut Merah dan Mediterranean ditutup berikutan dilanda ribut.

Runtuhan bangunan kerap kali berlaku di Mesir yang sering dipersalahkan atas kerja-kerja pembinaan yang teruk dan kegagalan menguatkuasakan peraturan-peraturan bangunan.

Kemalangan jalan raya juga sering berlaku, dengan hujan dan darjah penglihatan yang kurang menyebabkan kebanyakan jalan yang berlopak di Mesir menjadi lebih berbahaya. - REUTERS






Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top