Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Bedak cegah bakteria

Monday, December 20, 2010

Bedak Aiken

KEGIATAN riadah membuatkan kita sering berpeluh namun pada masa sama, kita juga terdedah kepada kuman akibat proses perpeluhan. Peluh biasanya tidak berbau sehingga ia muncul pada permukaan kulit dan bau kurang menyenangkan terhasil disebabkan tindak balas kuman dengan peluh.


Penggunaan produk antibakteria membantu untuk melindungi tubuh daripada bakteria dan kuman memudaratkan. Tetapi masih ramai yang kurang menitikberatkan penggunaan produk sedemikian terutama untuk diamalkan seisi keluarga.

Justeru, terpanggil untuk memberikan pendedahan mengenai kepentingan penggunaan produk perlindungan antibakteria, jenama terkemuka, Aiken menganjurkan pelbagai aktiviti menarik dan menghiburkan kepada umum melalui program Memastikan Keluarga Menjauhi Kuman Setiap Hari.

Melalui program itu, orang ramai diperlihatkan mengenai kepentingan menggunakan produk antibakteria dalam kehidupan harian kerana kuman berada di mana-mana tanpa kita sedari.

Turut diadakan ialah demonstrasi kepentingan amalan mencuci tangan sebelum memasak yang dilakukan chef selebriti, Florence Tan melalui penyediaan salad yang mudah.

Ia menunjukkan betapa mudahnya bakteria dipindahkan melalui tangan kepada makanan yang disediakan. Namun dengan penggunaan sabun tangan cecair berubat Aiken yang memiliki nilai pH yang seimbang, ia boleh membantu melindungi tangan sepanjang hari.

Selain itu, bagi mereka yang dibelenggu masalah kaki dan badan berbau juga boleh menggunakan bedak berubat jenama terbabit yang membantu untuk mengekang penularan bakteria dan kulat pada badan.

Masalah ini biasanya berlaku kepada mereka yang kerap bersenam dan bedak berubat ini berkesan dalam memastikan kaki dan badan sentiasa kering, segar dan tidak berbau.

Sekiranya berada di luar rumah, pengguna boleh menggunakan pembersih tangan tanpa bilas (sanitizer) untuk memastikan kebersihan tangan terpelihara sungguhpun untuk jangka masa yang lama.

Pengurus Pemasaran Unza Malaysia Sdn Bhd, Edward Chen, berkata cara untuk mengelakkan bakteria memudaratkan daripada berkumpul pada badan adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan bersih serta menggunakan produk antibakteria berkualiti.

"Mungkin tidak ramai mengetahui bahawa permukaan awam seperti troli beli-belah, tangga bergerak, telefon awam dan pemegang tangga dipenuhi bakteria kerana ia digunakan ribuan orang setiap hari. Oleh itu, penting untuk membawa sanitizer dan mendidik keluarga supaya membasuh tangan dengan lebih kerap.

"Sukar untuk menjauhi kuman 100 peratus, tapi menerusi penggunaan produk antibakteria, saya yakin anda sekeluarga akan dilindungi," katanya.

Sabun tangan cecair berubat Aiken boleh diperoleh pada harga RM4.90 untuk botol 250 mililiter dan krim mandian berubat berharga RM13.50 bagi isian 650 mililiter.

Sanitizer yang dimuatkan dalam botol plastik tidak boleh pecah berukuran 50 mililiter boleh diperoleh pada harga RM3.90 manakala RM9.90 untuk isian 150 mililiter.

Bedak berubat Aiken pula berharga antara RM2.90 sehingga RM11.40 untuk saiz antara 75 gram hingga 500 gram.

Semua rangkaian produk perlindungan antibakteria ini didapati di semua pasar raya besar dan farmasi seluruh negara.




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top