Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Bas ekspres wajib guna GPS

Friday, December 24, 2010

GPS dipasang dalam sebuah bas di Lisbon - Gambar hiasan

KUALA KRAI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang mewajibkan semua bas ekspres negara ini dilengkapi dengan sistem pengesanan global (GPS) dalam usaha mengurangkan pembabitan dalam kemalangan jalan raya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan, berkata pihaknya mendapati sistem itu mampu membolehkan setiap perjalanan bas ke destinasi tertentu dikesan dan diawasi dengan lebih selamat berbanding sistem yang ada sekarang. 

Penggunaan peralatan itu membolehkan ibu pejabat syarikat bas memantau sepanjang masa perjalanan setiap bas milik mereka termasuk pemandu yang memecut laju hingga boleh mengundang kemalangan," katanya. 

Beliau memberitahu demikian selepas merasmikan Program 1Komuniti 1JPJ di Sekolah Kebangsaan Chucoh Puteri di sini, semalam. Turut hadir, Pengarah JPJ Kelantan, Abdul Ghani Che Kasim.

Sempena program itu, lebih 300 penduduk menerima lesen memandu motosikal masing-masing secara sah selepas menjalani latihan selama tiga bulan.

Solah berkata demikian ketika mengulas kejayaan Konsortium E-Mutiara Bhd yang berpusat di Kota Bharu, yang berhasil mensifarkan kemalangan membabitkan 60 bas ekspres milik syarikat itu dalam tempoh lebih lima tahun selepas menggunakan GPS.

Katanya, JPJ akan menguatkuasakan sistem itu secepat mungkin selepas mendapat kelulusan kerajaan.

Beliau berkata, pihaknya akan memberi pilihan kepada syarikat pengusaha bas ekspres untuk memilih sistem GPS yang mereka mahukan, asalkan masing-masing memenuhi ciri-ciri keselamatan penumpang yang lebih berkesan. 



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top