Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Banyak alat ganti tiruan dari China

Thursday, December 16, 2010

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 60 peratus daripada alat ganti tiruan kenderaan dirampas Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sejak lima tahun lalu diimport dari luar, terutama China.

Alat ganti tiruan yang tidak menepati mutu piawaian dan tidak tahan lama itu dipercayai diseludup dengan mengisytiharkan ia sebagai barangan lain. Antara alat ganti tiruan yang kerap dirampas ialah pencengkam brek, penyerap hentak, penutup klaj dan lampu serta minyak enjin. 

Mengikut statistik, nilai rampasan alat ganti tiruan membabitkan 62 kes mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 dari 1 Januari 2006 hingga 30 November lalu, melebihi RM9.8 juta. 

Namun, jumlah kes dan nilai rampasan menurun setiap tahun dari 18 kes membabitkan rampasan bernilai RM282,657 pada 2006, 25 kes dengan nilai rampasan RM9.2 juta (2007), 12 kes dengan rampasan RM279,077 (2008), empat kes dengan rampasan RM14,865 (2009) dan tiga kes dengan rampasan RM10,124 (sehingga 30 November lalu).

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin, berkata kementerian memandang serius kes itu walaupun secara statistiknya mencatat penurunan.


“Pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan dari semasa ke semasa kerana penggunaan alat ganti tiruan membahayakan pemandu dan penumpang. Bayangkan jika mereka menggunakan brek tiruan, apa yang akan terjadi jika situasi cemas berlaku.


“Dalam hal ini, kerjasama semua pihak, termasuk syarikat pembuat kereta dan pemilik kenderaan perlu tampil membuat aduan supaya tindakan dapat diambil bahagian penguatkuasaan,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Kelmarin, PROTON Holdings Bhd mengingatkan pemilik kereta nasional itu tidak menggunakan alat ganti tiruan yang boleh mendatangkan risiko serius terhadap keselamatan pemandu dan penumpang selain merosakkan kenderaan selepas ia dikesan dijual secara berleluasa di negara ini.

Ketua Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd, Mohamad Shukor Ibrahim, berkata alat ganti tiruan dengan pembungkusan dan pelabelan menyerupai yang tulen dijual lebih murah selain tidak menepati piawaian keselamatan.

Roslan berkata, alat ganti tiruan kenderaan terus dijual di pasaran kerana ada permintaan di kalangan masyarakat setempat. 






Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top