Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

4 Bahaya Telur Yang Tidak Diketahui Umum

Wednesday, December 22, 2010


Ya, memang telur baik untuk kesihatan.  Tetapi ada bahayanya telur.  Sesetengah telur kemungkinan mengandungi bakteria Salmonella yang boleh menyebabkan penyakit yang serius.


Antara simptom keracunan Salmonella ialah sakit perut, muntah dan cirit-birit.  Untuk meminimumkan risiko jangkitan:

Sentiasa simpan telur di bahagian rak paling sejuk peti (bukan di pintu atau tempat beku).  Gunakan telur dalam tempoh tiga hingga lima minggu.

Telur yang direbus juga hendaklah disimpan di dalam peti sejuk.

Apabila memasak telur, jangan biarkan karton di luar peti untuk tempoh yang lama.  Ambil telur yang diperlukan, dan telur selebihnya hendaklah segera disimpan semula ke dalam peti.

Basuh semua permukaan, peralatan memasak dan kulit anda yang menyentuh telur dengan sabun dan air suam.

Masakan yang mengandungi telur hendaklah dimasak sekurang-kurangnya pada suhu 72 darjah Celcius untuk memusnahkan bakteria.  Telur hendaklah dimasak betul-betul (sehingga telur keras).

Wanita hamil, bayi, orang tua atau orang sakit, elakkan makan telur mentah atau separuh masak.

Periksa kebersihan karton (sarang telur) sebelum membeli.  Pastikan tiada telur yang retak.

Bagi yang mampu, bolehlah membeli telur pasteur (mikroorganisma telah dimusnahkan).


Kredit: Suraiya Pauzi






Related Posts by Categories



4 komen

RIAN said...

bahaya ada dimana-mana.. h0ho,

December 22, 2010 at 9:41 AM
- - myazara - - said...

betul! bahaya di mana-mana termasuklah telur ayam yang kita selalu makan tu ..

December 22, 2010 at 12:10 PM
hOney n' cLOver said...

huhu...tenkiu fOR da info...:(

December 22, 2010 at 3:35 PM
- - myazara - - said...

huhu..kenapa honey, masam muka je ;))

December 22, 2010 at 4:04 PM
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top