Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Anwar bebas untuk saman saya: Dr M

Friday, December 17, 2010

Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas untuk meneruskan niat menyamannya seperti yang dicanangkannya sebelum ini.

Dr Mahathir berkata, saman memang sudah menjadi permainan Anwar dan ia sebahagian daripada usaha bekasnya untuk mendapatkan perhatian awam.

“Beliau menyaman semua orang. Saya fikir hampir keseluruhan masa mahkamah (ketika ini) hanya mengendalikan kes dibawa Anwar. Anwar fikir jika beliau boleh mengekalkan perkara ini dan menjadi satu perkara yang subjudis dan semua orang boleh bercakap mengenainya secara terbuka. 

“Saya fikir Anwar memang mahu melihat perkara itu berlaku. Tapi tak mengapa, Anwar boleh menyaman seberapa banyak saman yang dia mahu terhadap saya dan jika saya tak boleh bayar, saya akan bankrap,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Dialog Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad Mengenai Wawasan 2020: Malaysia dan Dasar Pandang Ke Timur di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan dikeluarkan peguam Anwar, Sankara Nair yang mahu menyaman Dr Mahathir dan beberapa akhbar berikutan dakwaan salah lapor berhubung pendedahan WikiLeaks. 






Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top