Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Akta Penapisan Filem akan dipinda

Friday, December 10, 2010


MELAKA: Kerajaan akan mengkaji semula Akta Penapisan Filem 2002 bagi membolehkan hukuman denda dan penjara yang lebih berat dikenakan kepada pesalah yang didapati terbabit dengan aktiviti menjual filem tidak ditapis termasuk lucah dan cetak rompak.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, berkata langkah itu bersesuaian dengan kehendak semasa berikutan hukuman sedia ada tidak lagi setimpal dengan kesalahan dilakukan pesalah. 

Sambil mengesahkan ia akan dilaksanakan secepat mungkin, katanya hukuman bagi kesalahan mengikut akta berkenaan pada masa ini adalah penjara antara selama tiga hingga lima tahun manakala denda pula, maksimum sebanyak RM50,000. 

"Ia dilihat tidak setimpal sebab misalnya, bagi kesalahan memiliki sekeping VCD atau DVD dengan satu jumlah besar, hukumannya adalah sama," katanya selepas melancarkan Program Pendidikan Pencegahan di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka di Ayer Keroh, dekat sini, hari ini

Program sehari yang bertujuan mendidik masyarakat mengenai pengaruh negatif dibawa oleh filem cetak rompak dan belum ditapis itu, dianjurkan oleh Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan (BKPFP) KDN. 



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top