Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 7 rakan sekuliah terima anugerah Naib Canselor

Friday, December 03, 2010


Gambar Hiasan

Pelajar Fakulti Perakaunan sering belajar secara berkumpulan

SHAH ALAM: Tujuh pelajar Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak menyangka kegiatan belajar secara berkumpulan setiap hari membuahkan hasil selepas mereka menerima Anugerah Naib Canselor, pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke 73, di Dewan Sri Budiman, di sini, semalam.
 

Pelajar terbabit ialah Aliff Ezwan Zulkifli, 23, mendapat purata gred komulatif (CGPA) 3.68, Mohd Khairulanwar Jalil, 23 (CGPA 3.78), Norafiza Abd Karim, 23 (CGPA 3.60), Norazarinazura Sudin, 23 (CGPA 3.62), Muhammad Syafiq Shamsuddin, 22 (CGPA 3.65), Diyana Khairil Anuar, 22 (CGPA 3.82) dan Nadiah Syamimi Abd Karim, 23 (CGPA 3.79). 

Lebih membanggakan, semua pelajar jurusan perakaunan itu juga turut ditawarkan pekerjaan oleh beberapa syarikat besar sejurus mereka menamatkan pengajian di UiTM. 

Diyana berkata, faktor utama untuk mendapat kejayaan dalam pelajaran adalah memberi tumpuan sepenuhnya ketika berada dalam kuliah selain belajar secara berkumpulan setiap hari.

Diyana kini bekerja di firma audit, Ernst & Young di Damansara.

Muhammad Syafiq berkata, teknik belajar berkumpulan sememangnya menguntungkan kerana selain dapat mengelakkan tekanan ia juga membantu menguasai pelajaran berikutan mereka boleh bertanya dan merujuk pelajaran yang tidak difahami sesama mereka.

Mohd Khairulanwar pula berkata, walaupun sering belajar berkumpulan namun ia bukan menjadi satu-satunya faktor kejayaan. 

Berita Harian 


 ***Nota:  Tahniah! Semoga lebih ramai pelajar berkualiti di negara kita akan datang, Insyaallah!




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top