Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 4 hari kutip RM1.8 juta

Tuesday, December 14, 2010



SELEPAS empat hari tayangan bermula 9 Disember hingga Ahad lalu, filem komedi seram Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid mengutip RM1.8 juta. Justeru, apakah filem ini mampu mencatat kutipan lebih tinggi lagi?

Apapun, tinjauan Harian Metro di pawagam Golden Screen Cinema (GSC), Mid Valley, baru-baru ini mendapati karya terbaru Mamat itu mendapat sambutan di kalangan ibu bapa dan golongan belia yang nyata suka sentuhan Mamat.

Kakitangan kerajaan, Halijah Haron, 23, dan rakannya, Nurjannah Ahmad Fuad, 24, berkata mereka memilih menonton Hantu Kak Limah Balik Rumah kerana mahukan hiburan ringan. Ujar mereka, komedi diketengahkan sangat menghiburkan.

Menurut Halijah, mereka pun pernah menonton filem Zombie Kampung Pisang sebelum ini dan sudah tentu ingin tahu jalan cerita sekualnya dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah. Selain itu, katanya mereka memang memberi sokongan pada filem Melayu.

Bagi Nurjannah pula, sebagai penonton, dia seronok menonton filem komedi kerana dapat menghilangkan tekanan. Maklum saja, selepas penat bekerja semestinya hiburan diperlukan dan tak dinafikan menonton filem komedi sedikit sebanyak membantu.

Tidak ketinggalan, pasangan suami isteri Aminuddin Abdul Rahim, 43, dan Normala Abdul, 42, dari Taiping, Perak yang berkunjung ke ibu negara sempena cuti persekolahan. Ujar Aminuddin, setakat ini karya komedi Mamat tak menghampakan penonton.

“Saya melihat tidak ramai pengarah seperti Mamat yang boleh menghasilkan filem komedi dengan baik. Bahkan, sesuai ditonton pelbagai lapisan usia dan seisi keluarga. Bagi saya, Mamat bijak ‘menyentuh’ hati penonton dengan cara yang santai.


“Biarpun filem itu nampak mengarut, tetapi apa yang penting mesej di sebaliknya. Memandangkan saya dan isteri, kami berdua adalah guru, sudah tentu kami akan menilai jalan cerita filem ditonton itu dan lebih mengutamakan mesej disampaikan,” katanya.


Normala berkata karya lawak Mamat juga tidak membosankan penonton. Katanya ia digarap sebaik mungkin dengan teliti.


Apa yang penting, menonton filem bersama keluarga di pawagam, boleh mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak.


Sementara itu, Khir Norizam Razali, 45 dari Bangsar berkata dia membawa dua anaknya, Nurul Aishah, 10 dan Muhammad Hafiz, 6, kerana mereka yang hendak sangat menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah disebabkan lakonan Awie.


“Sebagai bapa, saya dapati filem ini sesuai untuk kanak-kanak dan ditambah lagi, tayangannya pada musim cuti persekolahan.


“Jadi, dengan kelapangan masa yang ada saya membawa keluarga menonton dan ia filem komedi seram menghiburkan.


“Sekarang, filem komedi memang mendapat tempat di kalangan penonton tempatan kerana mesejnya mudah difahami dan jalan cerita yang ringan.” katanya.




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top