Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Yang Buruk

Saturday, November 20, 2010


Apabila melakukan perkara yang baik (tidak kiralah lebih dari sekali kebaikan yang pernah dilakukan) tetapi tidak dihargai/disokong/disenangi/dihayati/disukai.

Apabila membuat sesuatu yang menyedihkan atau mengecewakan (walau sebesar zarah), itulah yang dikira/dipandang/dihina/diungkit berbanding sekali/banyak perkara kebaikan yang pernah dibuat selama hidup ini.  

Tidak kira perkara ini terjadi samada dikalangan masyarakat, keluarga atau rakan-rakan, tetapi itulah kenyataan yang berlaku dalam kehidupan ini.


:: Hilangkan Sifat Takbur :: 

Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan bagi mengelakkan sikap takbur iaitu:

Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita.

Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu.

Apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.

Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia.  Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya.

Begitu juga apabila bertemu orang kafir.  Katakan, belum tentu dia kan kafir selama-lamanya. 

Lawan sifat sombong ialah tawaduk atau rendah diri.


Semoga kita mendapat manfaat, insyaallah.




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top