Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Di Sebalik Dinar Emas

Wednesday, November 03, 2010


Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan digunakan di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam.    Republik Turki yang diketuai Mustafa Kamal Ataturk telah membatalkan penggunaan dinar emas sebagai mata wang dan menukarnya dengan syiling dari barat pada 1924.

Di Sebalik Dinar Emas


Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad lagi, iaitu dinar. Dinar emas telah diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, AndalusiaBukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya. hinggalah ke Dr Mahathir bin Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia telah melihat kebaikan dinar emas untuk digunakan sebagai wang seragam dan sama nilai sejak 2003 lagi. 

Tetapi pada ketika gagasan ini agak baru, di pandang remeh dan dilihat sebagai saingan dan meniru euro dolar di Eropah.   Dinar emas disasarkan kepada negara-negara Islam yang menyertai OIC. Dinar emas diharap menjadi mekanisme pasaran global yang dapat mengatasi masalah penyangak mata wangpasaran saham. Negara-negara Islam yang banyak mengeksport petroleum diharap dapat menjayakan wawasan murni yang pernah digunakan oleh Rasulullah.


Kelebihan Dinar Emas
  1. Matawang Syariah
  2. Diungkapkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith
  3. Digunakan sejak 2500 tahun
  4. Dikenali oleh semua orang
  5. Sangat bernilai
  6. Sedikit tapi bernilai
  7. Nilai yang sebenar
  8. Nilainya stabil
  9. Mudah dicairkan
  10. Lambang kekayaan sebenar
  11. Melindungi kekayaan
  12. Tidak boleh dimonopoli
  13. Menghapuskan riba
  14. Menghapuskan kemiskinan
  15. Menghapuskan spekulasi
  16. Menghapuskan risiko pertukaran matawang
  17. Nilainya bukan hutang
  18. Menyelesaikan krisis ekonomi
  19. Memberikan keadilan kepada masyarakat
  20. Mengurangkan masalah sosial seperti jenayah
  21. Merapatkan jurang antara kaya dan miskin
  22. Harga barang tidak akan naik lagi
  23. Kos Haji semakin menurun berbanding dinar
  24. Mempercepatkan pembahagian pusaka
  25. Memudahkan pelaksanaan hudud
  26. Pembayaran zakat lebih tepat
  27. Penggunaan tiada batasan masa dan tempat
  28. Tiada inflasi
  29. Tidak terbakar
  30. Tidak berkarat
  31. Tiada tarikh luput
  32. Warnanya tidak akan pudar
  33. Tidak boleh dibinasakan
  34. Tidak boleh ditiru
  35. Tidak memerlukan ruang yang luas untuk menyimpannya
  36. Tidak boleh dimanipulasi
  37. Tidak perlu jaminan kerajaan
  38. Beratnya lebih ringan daripada wang kertas yang sama nilai
  39. Matawang 1 dunia pada masa hadapan
  40. Boleh digadaikan

Cadangan

Dinar emas boleh dimulakan oleh masyarakat di Malaysia dengan beberapa cara permulaan iaitu :
  1. simpanan harta dalam bentuk dinar emas
  2. mas kahwin
  3. membayar zakat
  4. pemberian hadiah
  5. sedekah kepada fakir miskin dan anak yatim
  6. harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu
  7. upah kepada perkhidmatan
  8. sumbangan tertentu

Sebagai umat Islam khususnya, penggunaan dinar emas adalah sangat penting dan perlu disegerakan seperti artikel di Utusan Malaysia. Selain itu, pelaburan atau simpanan dinar emas sebenarnya adalah lebih baik daripada simpanan wang biasa di mana-mana bank di dunia.  Apabila tiba akhir zaman, nilai wang kertas sudah tidak bermakna lagi, tetapi orang akan mencari emas atau dinar emas yang mempunyai nilai yang sangat tinggi sehingga akhir zaman, Insha'Allah.

Wallahua'lam.

Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top