Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Perdana Menteri Pulih Cacar Air, Dinasihat Berehat

Monday, November 08, 2010


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibenarkan keluar Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam selepas dimasukkan ke hospital itu sejak Khamis lalu. 

“Beliau memberi respon yang baik terhadap rawatan yang diberikan dan kini boleh mengikuti diet biasa,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan di sini, semalam. 

Najib pada mulanya dirawat kerana cacar, tetapi pada Khamis lalu beliau dimasukkan ke hospital itu selepas berasa tidak selesa dalam perut disebabkan ulser dan gastritis ringan. 

Dr Mohd Ismail berkata, cacar air pulih dengan baik dan doktor menasihati beliau berehat di kediaman.

“Perdana Menteri dijadual mengikuti pemeriksaan perubatan dalam masa beberapa hari,” katanya.

Beliau berkata, Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan perubatan HKL dan doktor peribadinya kerana dedikasi mereka tidak terhingga dalam menjaga kesihatan beliau. – BERNAMA





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top