Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Untungnya Melabur Dinar Emas

Wednesday, November 03, 2010



Dinar Emas adalah syiling emas 22K atau dikenali juga sebagai emas 916.   Dinar Emas dibeli dan disimpan untuk tujuan simpanan/pelaburan. Oleh kerana emas adalah barang komoditi, harga Dinar Emas bergantung kepada harga pasaran emas dunia. Jadi harganya berubah-ubah, naik dan turun. Walau bagaimana pun, kenaikan harga emas adalah melebihi dari penurunannya. Oleh itu Dinar Emas adalah disyorkan untuk tujuan pelaburan jangkamasa sederhana dan jangkamasa panjang.

Mengikut statistic dari (Bank Negara Malaysia) BNM, harga syiling kijang emas (coin 1oz – 31.1gm) pada 19/7/2001 ialah RM1,092.00, manakala pada 13/3/2009 ialah RM3,594.00. Kenaikannya sebanyak RM2,502.00 iaitu sebanyak 229.12% dalam tempuh 8 tahun lebih, hampir 9 tahun. Kenaikannya lebih 25.45% setahun.

Kebaikan Dinar Emas: 
 
1. Ia senang dibawa/disimpan dan boleh digadai/dijual pada bila-bila masa
2. Harga lebih murah berbanding emas 999
3. Sifatnya keras, tidak mudah calar atau bengkok berbanding emas 999

Terdapat 3 jenis Dinar Emas dipasaran:
 
1. Dinar Emas Kelantan (KGT)
2. Dinar Emas Public
3. Dinar Emas Muslim

Mari kita lihat satu persatu:


Dinar Emas Kelantan:


Dinar Emas Kelantan boleh didapati dalam pelbagai saiz: 
 
½ Dinar (2.1gm)
1 Dinar (4.25gm)
2 Dinar (8.5gm)
5 Dinar (21.25gm)
8 Dinar (34.00gm)

Ketulinan (purity): emas 22K (916%)


Pembelian/Jualan Dinar Emas Kelantan boleh dibuat di:
http://www.dinarkel.com/

Anda boleh membeli/memajak/menjual Dinar Emas Kelantan dicawangan Ar-Rahn di Kelantan:
http://www.dinarkel.com/wtb.html

Harga semasa Dinar Kelantan:
http://islamicmint.com.my/

Cawangan-cawangan lain:
 
Ar-Rahn Kangar - Tel: 04-976 3525
Ar-Rahn Alor Setar - Tel: 04-735 2831
Ar-Rahn Sg. Petani - Tel: 04-420 0300
Ar-Rahn Kuantan - Tel: 09-513 4345
Ar-Rahn Termerloh - Tel: 09-290 1977
Ar-Rahn Bentong - Tel: 09-220 1414
Ar-Rahn Raub - Tel: 09-350 1310

Cawangan Ar-Rahn Selangor dan Wilayah Persekutuan:
 
Ar-Rahn Jalan Raja Laut - Tel: 03-26933433
Ar-Rahn Kajang - Tel: 03-87361517
Ar-Rahn Rawang - Tel: 03-60928441

Dinar Emas Public:


Public Dinar/Public Gold atau singkatan dari Public Fine Gold yang beribu pejabat di:


Public Fine Gold International Sdn Bhd

12E-1st Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul,
Penang, Malaysia.
Mr. Branson Saw
Mobile: 019-448 8916
Email: branson@publicgold.com.my

Tel: 04-644 9999
Fax: 04-646 4916

Public Dinar mengeluarkan 3 size Dinar Emas:


1 Dinar – 4.25gm

5 Dinar – 21.25gm
10 Dinar – 42.5gm

Ketulinan (purity): emas 22K (916%). Sijil ketulinan dikeluarkan apabila pembelian dibuat.


Perbezaan harga belian/jualan (spread) diantara 5%-6% - bergantung kepada harga harian. Dapatkan Harga harian disini:
http://www.publicdinar.com/

Dinar Emas Muslim (Dinar Muslim)

Dinar Muslim boleh didapati dari web Nubex:
http://www.nubex.com.my/v2/

Dinar Emas Muslim terdapat dalam beberapa saiz:
 
1 Dinar
2 Dinar
8 Dinar

Dinar Emas Muslim juga dikenali sebagai Dinar Emas Dubai. 
Harga belian balik(spread) Dinar Emas Muslim sekitar 6%-7% dari harga semasa.

Harga semasa emas: Nubex
Harga pasaran emas dunia boleh dilihat di: http://www.kitco.com/charts/popup/au24hr3day.html

Harga/statistic emas dari Bank Negara Malaysia:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141


Ketahui lebih lanjut di sebalik dinar emas


Selamat melabur!

Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top