Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Orang Yang Sebenarnya Beriman di sisi Allah SWT

Wednesday, November 17, 2010





Apakah Itu Iman? Sebagai seorang muslim, adakah kita masih mengingati Rukun Iman?  Mengapa kita lebih mengingati atau mengagungkan lagu-lagu hiburan samada berunsur Islam, Barat dan sebagainya tetapi boleh melalaikan tanggungjawab terhadap Rukun Iman.

Iman dari segi bahasa ialah membenarkan. Dari segi syarak pula ialah membenarkan dengan keyakinan yang tidak terbelah bagi (Rukun Iman) iaitu kepada:
01. Allah Taala yang Maha Esa dan Maha Pencipta serta tiada sekutu bagiNya.
02. Malaikat yang merupakan hamba-hambaNya yang mulia dan sentiasa taat kepada suruhan Allah Taala.
03. Kitab yang diturunkan oleh Allah Taala sebagai syariat kepada manusia.
04. Rasul yang telah dipilih dan diutuskan olehNya kepada manusia untuk memberi petunjuk.
05. Hari Kiamat yang pasti berlaku untuk menghitung segala amalan manusia.
06. Qada dan Qadar yang berlaku samada baik atau buruk semuanya adalah ketentuan dariNya. Setiap perkara yang berlaku terdapat hikmah yang tersembunyi. Namun kita tetap dikehendaki untuk berusaha bagi memperolehi kebaikkan dan kejayaan. 
Rujukan:  Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)

Siapakah sebenarnya orang yang beriman kepada Allah SWT?

Orang-orang yang sebenarnya beriman (iman yang sempurna) ialah:
  1. Orang-orang yang taubat, yakni menyesal atas dosa yang telah lalu dan bercita-cita tidak akan melakukan dosa itu kembali serta meninggalkan dosa itu dan minta ampun kepada Allah SWT dengan mengucapkan Astaghfirullah (Aku minta ampun kepada Allah).  Taubat itu wajib bagi orang yang melakukan dosa dan sunat memperbanyakkannya.  Jika itu bersangkut dengan manusia, seperti mencaci (mengumpat) orang, mengambil haknya dan sebagainya, maka WAJIB pula minta maaf kepada orang yang punya hak itu atau membayarnya.
  2. Orang-orang berterima kasih kepada Allah SWT (memujiNya serta syukur kepadaNya).  Syukur ertinya menggunakan  nikmat Allah SWT kepada yang diuntukkan baginya, seperti tangan digunakan untuk memegang yang baik dan halal, bukan untuk merompak atau mencuri, mata untuk membaca dan melihat isi alam yang luas ini sebagai iktibar (pengajaran) dan sebagainya.
  3. Orang-orang  yang beribadat dengan tulus ikhlas (tauhid yang sebenarnya)
  4. Orang-orang sa'ih, iaitu orang-orang puasa, kata setengah ahli Tafsir, orang yang bermusafir untuk meluaskan pandangan.
  5. Orang-orang rukuk, sujud, yakni orang-orang sembahyang.
  6. Orang-orang yang menyuruh dengan yang makruf dan melarang yang mungkar.
  7. Orang-orang yang memelihara batas-batas yang telah ditentukan Allah SWT (menurut syariat Allah SWT).
Surah Al-Taubah Keterangan ayat 112 hal 284 (Tafsir Al Quran Resam Uthmani)




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top