Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Miliki wajah berseri

Friday, November 26, 2010


Dalam surah al-Ghashiyah, Allah SWT menerangkan keadaan orang yang berwajah berseri-seri. Dalam surah ini pula, Allah SWT menerangkan sekelompok kaum pendusta lagi derhaka yang berwajah hina dan sekelompok orang yang berwajah cemerlang lagi berseri-seri.

Firman Allah SWT: Demi waktu fajar, dan malam yang 10 (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).

Ibn Kathir berkata: Perkataan al-Fajr telah diketahui maknanya iaitu waktu Subuh. Demikian yang dikemukakan oleh Ali, Ibn Abbas, dari Masruq dan Muhammad bin Ka'ab. 

Maksud dalam ayat ini juga adalah waktu fajar pada Hari Raya Korban khususnya yang merupakan penutup malam yang ke-10. Iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Abbas, Ibn Zubair, Mujahid dan lain-lain di kalangan kaum Salaf dan Khalaf.

Cuba perhatikan faedah yang terdapat pada waktu fajar, nescaya kamu mengetahui bahawa ia akan menghilangkan kesedihan yang terjadi pada malam hari dan mengingatkan datangnya saat mula kerja. 

Oleh yang demikian kamu akan memperoleh faedah yang ada pada malam purnama yang membawa jiwa kepada berjaga dan memudahkan manusia dapat bekerja secara baik khususnya pada musim-musim panas di negeri-negeri seperti Arab.

Artikel penuh:  Faedah waktu fajar




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top