Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Maahad Tahfiz anak yatim pertama dibina di Johor

Sunday, November 07, 2010


MUAR: Sebuah banglo dua tingkat bernilai RM1 juta di Jalan Hasan di sini yang diwakafkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Muar (PKAYIM) oleh keluarga Jeneral (B) Yusof Abu akan dijadikan Maahad Tahfiz khusus untuk anak-anak yatim mulai tahun depan. 


Setiausaha PKAYIM, Md Zain Nasir memberitahu hari ini, perkara itu telah dipersetujui dalam satu mesyuarat jawatankuasa pertubuhan tersebut kelmarin bagi membolehkan banglo mewah tersebut dimanfaatkan sepenuhnya. 
 
"Kita telah mengambil keputusan untuk menjadikan banglo mewah ini sebagai Maahad Tahfiz anak yatim yang pertama di negeri Johor. 

"Peringkat awal ini, kita akan memilih 15 anak yatim yang bersekolah dalam tahun satu hingga tahun empat," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau ditemui selepas mengetuai 20 orang anak-anak yatim dari Asrama Putera PKAYIM di Jalan Petri di sini bergotong-royong bersama ahli-ahli PROREC, sebuah badan bukan kerajaan di daerah ini membersihkan kawasan sekitar bangunan itu.

Md Zain menerangkan, beberapa individu termasuk Imam tahfiz Masjid Sultan Ibrahim bandar ini akan menjadi tenaga pengajar kepada Maahad tersebut di mana Kadi Daerah akan menjadi penasihatnya.

Pihaknya sedang berusaha mendapatkan bantuan dana sebanyak lebih RM100,000 daripada dermawan untuk kerja-kerja mengubah suai bangunan tersebut secepat mungkin.

"Matlamat kita ialah mahu melahirkan sekurang-kurangnya lebih separuh daripada 15 orang anak yatim yang terpilih hafiz al-Quran 30 Juzuk dalam tempoh tiga tahun," katanya.

Md Zain berkata, bangunan itu rosak teruk akibat diceroboh oleh penagih-penagih dadah selepas terbiar kosong sejak setahun lalu.

Banyak barangan termasuk dawai elektrik, kerangka logam tingkap dan siling telah dipecah dan dilarikan pencuri dan hanya disedari baru-baru ini.

Sebelum ini,, bangunan tersebut dijadikan Asrama Putera ketika bangunan asrama utama di Jalan Petri di sini dibina semula pada tahun 2004. - BERNAMA




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top