Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Ibadat korban antara kaedah umat Islam tebus dosa

Tuesday, November 16, 2010



Pada masa ini umat Islam dari seluruh dunia sedang berhimpunan di padang Arafah, untuk melaksanakan kerja utama dalam ibadah haji. Bagi kita yang tidak pergi menunaikan haj adalah digalakkan supaya kita berpuasa sunat pada 9 zulhijjah ( iaitu hari ini 16 November 2010) sempena hari wukuf dan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah sempena menyambut Aidil Adha. .

Salah satu amal ibadah yang disunatkan pada hari raya ialah melakukan korban. Waktu menyembelihnya ialah sesudah mengerjakan solat sunat Aidil Adha sehingga hari tasyrik ( 13 Zulhijjah ). Ianya boleh dilaksanakan dengan menyembelih seekor kambing untuk seorang atau seekor lembu untuk tujuh orang. Firman s.w.t. 

Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu ( wahai  muhammad ) kebaikan yang banyak ( di dunia dan di akhirat ) oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur) sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya )". ( Surah al-Kausar : 1-3  )

Berdasarkan kepada Firman Allah tersebut,  jamhur ulama berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat muakad iaitu sunat yang sangat dituntut. Tarafnya lebih tinggi daripada sunat biasa, manakala nilai pahalanya lebih besar. Dalam satu Hadis yang diriwayatkan dari Abi Hurairah katanya, Sabda Rasulullah s.a.w. 

Maksudnya : " barangsiapa yang mempunyai kelapangan ( mampu ) untuk berkorban tatapi tidak dilakukannya, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini  ".( riwayat Ahmad dan Ibni Majah )

Dari Hadis ini dapat dibuat kesimpulan, bahawa ibadah korban itu sangat penting sehingga hukumnya seolah-olah hampir kepada wajib, terutama kepada orang yang berkemampuan yang telah dilimpahkan dengan rezeki kepada mereka.

Rasulullah SAW amat menyukai amalan berkorban sehinggakan baginda sentiasa menyarankan sahabat melakukan ibadat korban pada setiap Hari Raya Korban.

Artikel selanjutnya di Berita Harian.

Selain itu, takbir Hari Raya (Download Takbir Hari Raya - format pdf) akan berkumandang oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menyambut Hari Raya Aidiladha. 

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca Episodbaru.



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top