Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Dilema dan isu bertudung

Friday, November 26, 2010


Kini terdapat pelbagai jenis fesyen dan design tudung di pasaran dan ia direka khas mengikut trend  atau mengikut arus zaman dunia.  Artikel kali ini ingin menyingkap pelbagai gaya tudung dikalangan remaja atau wanita Islam di Malaysia. 



Gambar-gambar di bawah adalah antara fesyen bertudung zaman kini yang menjadi minat remaja  atau wanita di negara kita. Sebelum itu, antara isu yang berkaitan tudung dan aurat yang boleh dikongsi bersama iaitu:

1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. 

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek.  Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan.  Sudah tu ketat pula.  Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu.  Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh.  Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

 
8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang.
 


Jika bertudung lebih cantik dan manis kan?

Tetapi alangkah lebih bagus sekiranya bertudung mengikut landasan dan syariat Islam sebenar.  Begitu juga pada masa yang sama menutup aurat seperti yang dilandaskan oleh agama Islam. 

Bagaimana gambar-gambar di bawah ini pula?
Fesyen bertudung kini adalah seperti apa yang dipakai oleh paderi wanita di bawah.

Hadis nabi pernah bersabda, “Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia 
termasuk dari kalangan mereka“ – Riwayat Abu Daud.


Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.



Panduan menutup aurat yang dituntut Islam

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)
 
Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.


Semoga Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua amin..

Wallahua'lam.


Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top