Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Awas Memilih Kosmetik

Monday, November 29, 2010


Bahan-bahan pencerah boleh didapati daripada alam semulajadi dan juga menerusi proses sintetik. Berikut dihuraikan serba sedikit mengenai bahan pencerah dalam kosmetik:

Arbutin

Sejenis hidroquinone yang sudah mengalami proses glycosylated. Ini bermakna struktur kimianya adalah sama seperti hydroquinone namun mempunyai molekul glukosa yang melekat padanya. Arbutin terdapat secara semulajadi di dalam buah-buahan seperti kranberi, pear, bluberi dan buah-buahan jenis beri yang lain. Arbutin menghalang tindakan tyrosinase (sejenis enzim yang menggalakkan pembentukan melanin iaitu pigmen pada kulit). Apabila arbutin disapukan kepada kulit ia meresap jauh ke dalam dan menentang pembentukan melanin. Hasilnya kulit menjadi cerah perlahan-lahan. 

Asid kojik

Bahan semulajadi yang terhasil daripada sejenis kulat. Ia sering digunakan dalam proses membuat tapai di Jepun. Ia terbentuk dari aspergillus oryzae iaitu spesies kulat yang sering digunakan dalam proses pembuatan sake di negara Matahari Terbit. Pada awalnya kojik digunakan sebagai pengawet bagi bahan makanan dan kosmetik. Penggunaan kojik menyebabkan warna makanan dan kosmetik kekal cantik dan tidak kusam. Kajian saintifik menunjukkan kojik sesuai untuk kulit manusia dan pigmentasi seperti melasma dan bintik-bintik hitam. Oleh kerana sifatnya yang berasid, anda mungkin berasa gatal sedikit di peringkat awal penggunaannya. Ia bertindak menghalang pembentukan melanin melalui proses oksidasi.

Hidroquinon

Hidroquinne merupakan agen penting dalam menangani pigmentasi. Ia mampu menyerang sel-sel melanocyte dan merosakkan DNA dan RNA pada sel tersebut. Ini menjadikan sel-sel itu rosak dan tidak mampu menghasilkan pigmen. Namun begitu sifat hydroquinione yang toksik tidak terhad pada sel melanocyte sahaja. Sekiranya digunakan dalam kuantiti berlebihan ia turut merosakkan sel-sel lain juga. Oleh itu penggunaannya haruslah terhad kepada empat bulan dan mengikut nasihat doktor sahaja. Selepas empat bulan anda harus merehatkan kulit beberapa bulan sebelum menggunakannya semula. Penggunaan hydroquinone membuatkan kulit kita menjadi berubah dari segi sifat semulajadinya. Sel-sel seolah olah menjadi mutant dan berubah dari segi komposisi semulajadinya. Ini mewujudkan keadaan bergantung kepada hydroquinone. Tanpa hydroquinone kulit gelap semula

Asid azelaic

Bahan semulajadi di dalam pyhtosporum ovale yang merupakan sejenis yis atau kulat. Fungsi asid azelaic adalah bagi membunuh melanocytes melalui sifatnya yang menghalang thioredoxin reductase sejenis enzim dalam mitokondria sel melanocytes.

Azelaic asid turut berguna dalam rawatan jerawat, lentigines, rosacea dan pigmentasi yang disebabkan keradangan. 

Retinoids

Retinoids seperti trenitoin dan adapalene adalah derivatif kepada vitamin A. Ia turut menghalang aktiviti tyrosinase menyebabkan pigmentasi tidak terjadi.

Niacinamide

Vitamin B3 yang aktif dan menghalang proses warna terjadi pada sel kulit.

Protein soya

Mengandungi enzyme serine protease yang menghalang pembentukan melanin. Namun kesannya agak lambat. Dengan menyapu sebanyak dua kali sehari ke muka kesan pencerahan dapat dilihat selepas 12 minggu.

Pengelupasan dengan asid buah buahan atau asid lembut

Fungsinya ialah meningkatkan proses pembentukan epidermis baru dan membuang melanin yang lama. Jenis asid yang sering digunakan adalah alfa hydroxyl asid, glycolic asid, trichloroacetik asid.

Aleosin

Sejenis molekul glycoprotein yang terdapat di dalam tumbuhan aloevera. Ia menghalang tyrosinase tanpa menunjukkan sebarang sifat toksik seperti hydroquinone.

Asid tranexamic

Menghalang cahaya UV daripada merosakkan kulit. Ia juga menghalang daripada pembentukan melanosit.





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top