Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Awas logo halal bukan milik restoran - Jakim

Friday, November 26, 2010

SEORANG pekerja menutup logo halal yang tertera di papan tanda sebuah restoran
selepas diarahkan Jakim dalam serbuan di Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA - Sebuah restoran bukan Islam di Jalan Gasing di sini diserbu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam setelah mendapati logo halal pada papan tanda yang dipasang bukan milik restoran tersebut.

Restoran yang sentiasa mendapat sambutan ramai diserbu lapan penguat kuasa Bahagian Hub Halal Jakim dengan kerjasama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri semalam.
"Serbuan dibuat setelah kami menerima aduan daripada orang ramai yang meragui status halal restoran tersebut..

"Bila ditanya kenapa letak logo halal pada papan tanda, mereka mengatakan logo tersebut adalah milik produk yang menaja papan tanda tersebut," kata Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hub Halal Jakim, Mohd. Amri Abdullah.


Notakaki: Mungkin ada lebih ramai pemilik kedai makanan/restoran/produk yang tidak memiliki logo halal sah JAKIM di Malaysia.  Zaman makin canggih, scanner ada dan sebagainya.  JAKIM patut keluarkan akta baru untuk saman pemilik kategori tersebut dengan denda/penjara/gantung sahaja lesen perniagaan mereka.  Ini kerana isu halal amat penting bagi umat Islam terutamanya di Malaysia kerana majoriti penduduknya beragama Islam!





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top