Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Ada Yang Lebih Baik

Tuesday, November 02, 2010



Kita seringkali mendengar kisah hidup seperti putus tunang, sudah merisik tetapi ditinggalkan selepas merisik (tidak kira dari pihak lelaki atau perempuan), bercerai setelah beberapa hari/minggu/bulan/tahun bernikah, sudah hampir bernikah tetapi tidak jadi bernikah, bercerai sambung semula, ada orang/pihak ketiga, dan sebagainya.  Pengalaman di atas sedikit sebanyak pasti memberi kesan atau pengalaman pahit dalam hidup seseorang terutamanya terhadap tuan badan dan keluarga yang terlibat.  Sudah pasti sebagai manusia biasa mereka akan berasa sedih, kecewa, marah dan banyak persoalan timbul di fikiran mengapa semua kejadian yang tidak diingini ini berlaku dalam proses mendirikan alam perkahwinan.
 
Ada pepatah mengatakan:

“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku - hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

Oleh itu kembalilah kepada Allah SWT.  Kembalilah kepada perkara asas mengapa kita dilahirkan di muka bumi ini.  Adakah kita hidup ini untuk berseronok sahaja tanpa mempunyai sedikit pun masalah.  Setiap hambaNya di muka bumi ini pasti akan diuji oleh Allah SWT.  Kita berdoa kepada Allah agar Allah sentiasa membersihkan hati kita daripada hasutan syaitan yang menjurus ke arah emosi tidak stabil, marah, hasad dengki, dendam, bersangka buruk, iri hati dan sebagainya.  Na'uzubillah.

Sebagai contoh dalam kehidupan kita, mungkin kita pernah melihat orang lain mengalami kesusahan dan kita bersimpati kepadanya.  Maka kita membantu mereka mengikut kemampuan kita.  Tetapi ada juga masyarakat kita suka melihat orang lain dalam kesusahan atau sekadar melihat sahaja mereka dari jauh tetapi tidak membantu mereka.

Ada juga di kalangan mereka mengetahui masalah yang dihadapi oleh orang lain, maka mereka bercerita kesusahan yang dialami sesama keluarga, rakan-rakan dan sebagainya.  Apabila suatu hari masalah itu menimpa mereka, apakah perasaan mereka pula?  Adakah mereka suka masalah mereka diperkotak-katikkan dan orang lain pula melihat sahaja mereka mempunyai masalah?  Sudah tentu kita tidak mahu berlaku sedemikian rupa kepada kita atau keluarga kita.   


Tambahan pula, kita tidak akan terlepas dari ujianNya, itulah lumrah kehidupan.  Oleh kerana itu, kita sebagai hamba Allah SWT di muka bumi ini hendaklah belajar menjadi hambaNya yang sentiasa tidak lupa  bahawa semua yang dimiliki di muka bumi ini adalah milik kekal Allah SWT dan kita sebaik-baiknya berkongsi nikmat Allah bersama yang lain.

Apabila kita berfikir kembali, semua yang terjadi samada yang baik atau buruk itu telah disusun mengikut kebijaksanaan oleh yang di atas sana, iaitu Allah SWT kerana Allah itu Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.  Setiap daripada kita mengetahui perkara yang berlaku dalam hidup kita pasti mempunyai hikmah tersembunyi.

Maka, bersabarlah, berdoalah (panduan doa makbul dan doa tidak makbul) dan berusahalah menjadi hamba Allah SWT yang disayangiNya, insha'Allah.  Sekiranya kita mengalami kesusahan, seharusnya kita mesti bersyukur kerana ada lagi orang lain yang hidup lebih susah daripada kita.   

Senyumlah, kerana senyuman yang ikhlas itu adalah sedekah dan hidup ini perlu diteruskan untuk berkhidmat dan berjasa kepada keluarga tercinta kita, agama Islam, negara dan bangsa kita, insya'Allah.  Dan Allah SWT sentiasa bersama kita di kala susah atau senang, hanya Allah tiada yang lain selainNya ..





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top