Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Pra-Perkahwinan Angkasawan Negara

Saturday, October 09, 2010


Pre-Wedding Angkasawan Negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar and Dr. Halina. Enjoy!
 
Pastinya 10 Oktober 2010 (Ahad) merupakan satu tarikh keramat buat Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan juga tunangnya, Dr Harlina Mohd Yunos yang bakal menaiki jinjang pelamin selepas bertunang sejak 1 Januari 2010 yang lalu. Malah tarikh 10.10.10 juga dilihat sebagai sesuatu yang amat menarik kerana bukan sahaja bakal menjadi ulangtahun perkahwinan pasangan yang diraikan ini, secara kebetulan, ia juga merupakan ulang tahun ketiga Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke angakasa lepas (2007).





Jangan lupa menyaksikan detik bersejarah ini bermula pukul 2.00 petang Ahad ini di TV3 menerusi slot program NONA yang bakal dihoskan oleh Siti Hasfizza Aswaty Sabjahan (Fiza WHI) membawa kita ke belakang tabir di sebalik persediaan dan proses perancangan majlis gilang-gemilang bermula daripada hari pertunangan yang bertempat di Hotel Allson Klana, Seremban, Negeri Sembilan Januari lalu termasuklah majlis akad nikah yang akan diadakan di Masjid ‘Besi’ Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 11.00 pagi. Ikuti laporan eksklusif Fiza Sabjahan yang turut berada di sekitar majlis pernikahan di TV3 hanya beberapa jam selepas angkasawan pertama Negara sah bergelar suami.

Kredit:  khairulhazwan




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top